Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMenyanyi 49 Buah Lagu Tanpa Henti! Suara Emas Arijit Singh Berjaya Pukau...

    Menyanyi 49 Buah Lagu Tanpa Henti! Suara Emas Arijit Singh Berjaya Pukau 10,000 Penonton Di Axiata Arena

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Castle Group mempersembahkan “Arijit Singh Live in Malaysia”, mencipta Sejarah konsert Bollywood terbesar di Malaysia, dianjurkan oleh syarikat pengelola acara, Hitman Solutions bersama-sama syarikat penganjur konsert dari Australia, Cinestar Events yang berjaya menghiburkan hampir 10,000 penonton di Axiata Arena Bukit Jalil pada Sabtu malam.

    Kali ketiga datang ke Malaysia

    Menurut En. Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group berkata, pihaknya sangat teruja melihat sambutan yang luar biasa daripada peminat Arijit Singh di Malaysia.

    Konsert ‘Arijit Singh Live in Malaysia’ benar-benar menggegarkan Malaysia dan melampaui jangkaan kami. Ini menandakan kali ketiga kami berpeluang untuk membawa Arijit Singh ke Malaysia dan sangat teruja melihat muziknya yang sangat mempengaruh peminat-peminatnya.

    Kejayaan konsert ini adalah hasil kerjasama erat dengan Cinestar Events, dan kami berbangga dapat mempersembahkan pengalaman yang luar biasa buat semua yang hadir.

    Konsert yang berlangsung lebih 3 jam bersama penyanyi Bollywood bersuara emas kesayangan ramai, Arijit Singh memberikan persembahan yang mantap dan penuh emosi yang memberikan pengalaman Bollywood kepada peminat di Malaysia.

    Dengan vokal yang menggamit perasaan, Arijit Singh membawakan hampir 50 buah lagu ikoniknya seperti “Janam Janam” (Dilwale), “Ae Dil Hai Mushkil”, “Tum Hi Ho” (Aashiqui 2), “Bekhayali” (Kabir Singh), “Kesariya” (Brahmastra), “Chaleya” (Jawan) dan banyak lagi.

    Momen istimewa ini bukan sahaja menyatukan peminat dari Malaysia dan rantau Asia, tetapi juga merentasi sempadan, dengan Arijit terus mendapat pengiktirafan global, termasuk memegang gelaran artis lelaki dengan pengikut paling ramai di Spotify, mengatasi nama-nama besar seperti Taylor Swift dan Ed Sheeran.

    Kepulangan Arijit Singh ke Malaysia sangat dinantikan oleh semua peminat Bollywood, memandangkan kali terakhir beliau membuat persembahan adalah kira-kira 10 tahun lalu pada 2014 di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre.

    ALSO READ:  Suspek Terlibat Kes Pembunuhan Vina Berjaya Ditangkap Selepas 8 Tahun Melarikan Diri

    Ujar En. Yogesh Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Cinestar Events, konsert tersebut telah mengukir kegembiraan di wajah peminat Arijit.

    Kami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada kejayaan ‘Arijit Singh Live in Malaysia’ di Kuala Lumpur. Konsert ini adalah bukti bahawa peminat muzik Bollywood di Malaysia amat mengagumi karya-karya Arijit Singh. Kejayaan konsert ini bukan sahaja terletak pada persembahan yang menakjubkan, tetapi juga pada kerjasama yang erat di antara Hitman Solutions dan Cinestar Events. 

    Konsert ini juga mempersembahkan sebuah pengalaman visual dan audio yang memukau. Daripada lagu-lagu klasik Bollywood sehingga ke hit terkini daripada filem Dilwale, Brahmastra, dan Jawan, Arijit membawa setiap peminatnya dalam sebuah perjalanan muzik yang penuh perasaan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts