Akhirnya pelawak Ali Puteh sudah selesai melangsaikan hutang kepada balu Allahyarham Abam iaitu Hidayah Hamzah berjumlah RM72,490 pada Sabtu.
27 resit pembayaran
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ali memuat naik video memegang 27 keping resit bukti pembayaran sudah dilakukan menggunakan cash deposit machine (CDM).
Menurut Ali, wang itu telah didepositkan ke akaun Hidayah selepas mendapat maklumat perbankan (nombor akaun bank) daripada peguam kakak iparnya.
Hari ini saya sudah selesaikan apa yang tertunggak. Saya baru balik dari bank. Hari ini baru ada kelapangan.
Bank tutup pula jadi terpaksa guna CDM.
Kata usahawan berumur 35 tahun itu, dia hanya membayar sebanyak RM72,490 selepas menolak RM3,000 kerana Hidayah juga ada berhutang dengan dirinya.
Balu (Hidayah) juga ada sangkut hutang dengan saya RM3,000. Peguam kata kontrakan sahaja dengan jumlah wang ini. Jadi saya bayar RM72,490.
Dalam pada itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berharap agar selepas ini tidak lagi sebarang isu berbangkit dan dia ingin memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan sambal.
Selepas ini harap tiada lagi sebarang dakwaan atau berpanjangan isu ini. Maaf lambat sedikit sebab ada kekangan kerja.
Saya ambil ini sebagai satu pengajaran buat diri sendiri dan semua. Selepas ini, fokus kacau sambal.