Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMenyesal Dirangkul Lelaki Dalam Drama, Zara Zya Azam Akan Lebih Jaga Batas...

    Menyesal Dirangkul Lelaki Dalam Drama, Zara Zya Azam Akan Lebih Jaga Batas Sebagai Muslimah Bertudung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada masa kini, ikhtilat ini seolah-olah tidak dapat dielakkan. Ikhtilat berlaku baik di tempat kerja, sekolah, universiti, institusi dan juga dalam aktiviti seharian.

    Justeru itu, menjadi tanggungjawab semua untuk menjelaskan kepada masyarakat berhubung garis panduan ikhtilat yang sebenarnya dalam Islam.

    Ini kerana perhubungan bebas antara lelaki dan wanita jika tidak dikawal dan dipandu sebaiknya akan membawa kepada pelbagai masalah yang lain.

    Selepas dikecam bertalu-talu gara-gara melakukan adegan dipeluk lelaki dalam video teaser sebuah drama, pelakon Zara Zya menyesal dengan perbuatannya.

    Zara, memohon maaf atas yang terjadi dan berjanji akan lebih menjaga batas sebagai seorang muslimah bertudung pada masa akan datang.

    “Rasa sedikit ralat dan menyesal pun ada juga sebab saya tidak fikir panjang. Sepatutnya benda seperti itu tidak berlaku sekali gus tidak timbul isu sebegini.

    “Saya sedar khilaf saya kerana melakukan sesuatu yang tidak manis dengan imej saya.

    Begitupun, pemilik nama lengkap Zainurul Razia itu berkata, babak tersebut bukan dibuat semata-mata ingin mencetuskan kontroversi.

    “Saya tidak tahu akan mengakibatkan perdebatan dalam kalangan penonton. Saya bukan selebriti yang mahu kontroversi.

    Ditanya sekiranya akan berubah selepas ini, dia akan cuba melakukan sebagai mungkin mengelak sesuatu yang boleh mencemarkan statusnya sebagai muslimah bertudung.

    “Namun, saya tidak boleh janji untuk ubah. Risau kalau tidak buat perkara ini mungkin akan cetuskan salah lain.

    “Setiap hari akan ada buat salah mungkin sedar atau tidak. Kalau orang tidak tegur saya tidak tahu, tetapi apabila tegur saya mula sedar,” jelasnya lagi.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts