Pada Rabu lepas, tular di media sosial mengenai kehilangan remaja tingkatan lima Nur Farah Diana dan dia kali terakhir dilihat di kediamannya di Taman College Heights, Sikamat.
Hilang Dan Ditemui Di Rumah Kenalan Lelaki
Nur Farah Diana yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik disedari hilang oleh ibunya apabila hendak mengejutkannya untuk ke sekolah.
Setelah disiasat, remaja perempuan tersebut ditemukan dalam keadaan selamat di Kubang Kerian, Kelantan pada Khamis minggu yang sama.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, remaja itu, Nur Farah Diana Mohd Erwadi yang berumur 17 tahun ditemui di rumah keluarga kenalan lelakinya di Negeri berkenaan.
Dia kemudiannya dihantar ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput pulang oleh ahli keluarganya dari Seremban.
Polis menerima maklumat kehilangan mangsa terbabit pada jam 7.10 pagi
Che Ta Berang?
Rentetan dari kejadian dan penemuan remaja perempuan tersebut, pelbagai rekasi yang telah dizahirkan di media sosial oleh warga net melalui ruangan komen.
Malah selebriti seperti Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta dan juga Erry Putra turut memberikan komen dan pandangan mereka mengenai kes kehilangan ini.
Melihat diruangan komen di Instagram, Che Ta seolah-olah berang dengan tindakan remaja tersebut dan menyatakan bahawa tindakan sedemikian sedikit sebanyak menyusahkan kepada ibu bapa si pelaku.
Menyusahkan mak bapak!
Diruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Rozita Che Wan dan ada juga segelintir yang berpendapat untuk mengkhawinkan sahaja remaja perempuan ini.