Pempengaruh Ratu Farah Diva mendedahkan dirinya pernah menjadi rebutan dan kegilaan pelajar lelaki di sekolahnya suatu ketika dahulu.
Rebutan jejaka
Ratu berkata, ke mana sahaja dia pergi, pasti ada sekumpulan pelajar lelaki yang suka mengsusiknya.
Waktu di sekolah, saya selalu kena kacau dengan lelaki. Saya kalau pergi mana-mana, mesti akan ada sekumpulan lelaki kacau.
Mereka cakap ‘hai Farah, comelnya hari ini, cantiknya’. Saya menjadi kegilaan ramai ketika di sekolah.
Saya pun buat-buat perasan macam diri ini cantik. Perempuan lain tak cantik, saya je cantik (dalam nada seloroh).
Ratu berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Cikidot Channel yang dimuat naik di YouTube.
Selesa berkawan
Dalam pada itu, Ratu berkata, kaum lelaki selesa berkawan dengannya kerana dia tidak bersikap berpura-pura.
Ada orang kata saya tergedik-gedik dengan lelaki, tetapi sebenarnya ada sebab kenapa lelaki selesa untuk berkawan dengan saya.
Sebab saya tak ‘fake’. Kalau lelaki ajak bergurau, saya tak akan sentap. Perempuan lain mungkin akan cepat terasa.
Saya berkawan dengan ikhlas dan jujur. Saya sudah anggap kawan lelaki seperti adik-beradik sendiri.