Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Mereka Minta Saya Tanggalkan Hijab”- Yuna Berang Netizen Kritik Gaya Pemakaian Tudung...

    “Mereka Minta Saya Tanggalkan Hijab”- Yuna Berang Netizen Kritik Gaya Pemakaian Tudung Dedah Aurat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas 15 tahun berjuang dalam industri hiburan, Yuna, atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, terus berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

    Namun, kejayaan dan pengaruh globalnya tidak menghalang segelintir netizen daripada meninggalkan komen negatif, terutama berhubung penampilannya termasuk gaya pemakaian tudungnya yang dikatakan menampakkan bahagian leher.

    Yuna, 37, yang merupakan salah seorang artis Malaysia yang paling berjaya di luar negara, sering kali diminta untuk mengabaikan komen-komen buruk tersebut.

    Namun, bagi penyanyi lagu hit “Crush” itu, tindakan membiarkan perkara itu berlarutan seolah-olah memberi lampu hijau kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk terus bersikap sedemikian.

    “Orang selalu suruh saya abaikan komen ini (komen negatif), tapi benda ini perlu dibincangkan sebab kalau kita terus biarkan, orang akan bercakap sesuka hati kerana mereka berhak untuk berbuat begitu?” luahnya menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

    Lebih menyedihkan, Yuna yang telah lama menempuh asam garam industri, masih terkejut dengan reaksi sesetengah pihak dalam komuniti yang sepatutnya memahami perjuangannya.

    “Sebagai seorang yang berumur 37 tahun dan sudah berkecimpung dalam dunia muzik selama 15 tahun, masih ada individu dalam komuniti saya meninggalkan komen sinis dan jahat. Mereka suruh saya pakai baju seperti apa atau meminta saya menanggalkan hijab. Mereka berbuat begitu tanpa menghabiskan masa satu minit pun untuk memahami situasi saya,” tambahnya.

    Yuna juga menegaskan bahawa sikap toksik sebegini tidak mendatangkan manfaat, malah hanya merosakkan hubungan sesama manusia.

    “Adakah ini yang kita semua inginkan? Bukankah kita diajar untuk saling menyayangi? Apa yang saya buat sehinggakan kamu begitu marah sekali? Saya tidak pernah bertemu dengan anda. Saya cuma menghasilkan lagu dan tidak pernah memberitahu anda bagaimana untuk meneruskan hidup. Jadi fikirkanlah,” ujarnya lagi.

    Tanpa ragu-ragu, Yuna turut meminta agar mereka yang tidak puas hati dengannya untuk berhenti mengikuti akaun media sosialnya.

    “Saya harap anda jumpa jati diri anda sendiri. Sekarang apabila perkara ini sudah diperkatakan, sila nyah ikut saya jika anda berasa tidak puas hati dengan diri saya sekarang,” katanya dengan tegas.

    Yuna juga menekankan bahawa dia mempunyai banyak perancangan besar termasuk muzik, video baharu, promosi, persembahan, dan sesi fotografi yang akan datang.

    ALSO READ:  [FOTO] Cetus Pelbagai Reaksi, Wanita Kongsi Screenshots Mesej Jung Woo Sung- “Eww, Tak Sangka Dia Macam Tu!”

    “Sebarkan rasa cinta dan aura positif kepada semua pembenci (haters) kerana mereka benar-benar memerlukannya,” tambahnya lagi.

    Kenyataan Yuna itu disokong oleh kakak iparnya yang juga selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, yang turut memberikan semangat kepada Yuna dengan menulis, “Kata-kata. Saya sayang kamu. Jadilah diri sendiri.”

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts