Watak hero umpama ‘makanan ruji’ buat aktor kacak, Shukri Yahaya yang dikatakan memiliki aura lakonan mantap dalam drama tangkap leleh mahupun sebagai watak suami pujaan ramai.
Terdahulu pelakon ini yang mencetuskan fenomena menerusi drama 7 Hari Mencintaiku dan Andainya Takdir itu memaklumkan dia tidak pernah menganggap bintang utama sahaja berperanan menggerakkan keseluruhan karya yang dipertontonkan.
Bagi Shukri, setiap pelakon tidak mengira watak utama mahupun pembantu mempunyai peranan sama penting dalam menghidupkan karakter yang dijayakan.
Baru-baru ini tular sebuah video di laman TikTok dengan secara tidak sengaja memperlihatkan aksi spontan Shukri Yahaya ditarik untuk duduk di atas riba Arash ketika sedang berlatih dialog bersama-sama.
Apa yang lebih lucu, keadaan itu dilihat hanyalah sekadar berseloroh di mana Arash kemudian memeluk Shukri sambil melontarkan dialog.
Difahamkan mereka sedang menjayakan watak masing-masing di dalam drama terbaru iaitu Layang-Layang Perkahwinan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah dua aktor hebat ini selain memuji lakonan Arash.
“Arash Mohamad tu legend dah tau. Aku pula yang tergelak” – luah netizen
“Aib ni, Shukri tu dah risau. Boleh tahan juga gurauan legend ni” – luah netizen
Bagaimanapun, ada juga yang meluahkan perasaan kurang senang melihat aksi itu sehingga dikatakan berdiri bulu roma.
” Meremang oii”
@ecah257 Anih2 ek set layang-layang perkhawinan ni… #layanglayangperkahwinan #shooting #day34 #28episode #crew #team #wardrobe #astroria #shukriyahaya