Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMeriahnya Rumah Terbuka Raya #KongsiBersama TikTok Malaysia, Khairul Aming & Nyna Bukater...

    Meriahnya Rumah Terbuka Raya #KongsiBersama TikTok Malaysia, Khairul Aming & Nyna Bukater Menang Apa Tu?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sempena Hari Raya tahun ini, TikTok Malaysia tidak ketinggalan dalam meraikan komuniti pencipta kandungannya dengan menganjurkan Rumah Terbuka #KongsiBersama Raya di The Lemuni, Janda Baik yang sangat meriah dan berwarna warni!

    Pada awal Ramadan, TikTok Malaysia menjemput komuniti pencipta untuk mengekspresikan dan mempamerkan detik-detik Ramadan-Raya terbaik mereka melalui kempen ‘#KongsiBersama Ramadan & Raya Moments’.

    Dari 5 hingga 24 Mac, pencipta-pencipta ini diberi peluang untuk berkongsi pandangan mereka tentang musim perayaan melalui enam kategori.

    Dari enam kategori tersebut, video-video terbaik dipilih sebagai pemenang hadiah utama sebagai pengiktirafan terhadap kreativiti luar biasa mereka dalam menggambarkan semangat Ramadan dan Raya.

    Untuk pengetahuan korang, entri-entri yang menang dinilai oleh panel juri terkemuka, termasuk pengarah ternama Kabir Bhatia dan penyanyi popular Malaysia, Nabila Razali.

    Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, telefon baru realme 12+ 5G, dan peluang untuk penyertaan masa depan dalam program pencipta TikTok.

    Nak tahu siapa yang dinobatkan sebagai pemenang?

    Pencipta-pencipta di bawah muncul sebagai pemenang bagi kategori-kategori di bawah #KongsiBersama:

    • #KongsiPOV : @yang
    • #KongsiCerita : @dyamohamad90
    • #KongsiSelera : @khairulaming
    • #KongsiFitCheck : @nynabukater
    • #KongsiTips : @zarul.hafiz
    • #KongsiJer : @bossjames_oe

    Haa..ada tak nama content creator kegemaran korang?

    Pemenang kategori #KongsiCerita dipilih untuk bekerjasama dengan Kabir Bhatia

    Lebih menarik, pemenang yang telah dipilih oleh pengarah Kabir Bhatia dari kempen #KongsiBersama iaitu @dyamohamad90 berpeluang untuk bekerja sama mencipta dan membintangi satu filem pendek yang boleh korang saksikan di akaun TikTok Malaysia dan Dya.

    Fuyoo, betul-betul pengalaman seumur hidup ni!

    Selain sebuah platform yang menyajikan hiburan buat penggunanya, TikTok adalah satu ruang untuk ekspresi kreatif yang menjana kandungan yang asli dan menghiburkan. Kepelbagaian pengalaman, komuniti dan kandungan pada platform ini juga mampu mengeratkan tali silaturahim.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat ‘Random’ Leona Nyanyi Lagu ‘Bey Soba Bey’ Di Pentas Konsert Bikin Terhibur – ‘Suara Dia Macam Cikgu Dalam Kampung Boy’

    Ini terutamanya dapat dilihat melalui video-video yang disiarkan semasa musim perayaan, seperti Resepi Raya Ikonik 30 Hari yang ikonik oleh Khairul Aming dan Tip Mekap 30 Hari yang hebat oleh Nyna Bukater.

    Menurut Ketua Operasi dan Pemasaran TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi, “Orang ramai tertarik kepada TikTok kerana ia adalah platform yang menghiburkan dan membangkitkan semangat yang membolehkan pencipta dan artis membina sumber pendapatan mereka sendiri.

    “Melalui #KongsiBersama, TikTok memberi nafas baharu kepada hiburan melalui komuniti Malaysia yang pelbagai, berbakat dan asli, yang menyemarakkan budaya tempatan dengan kreativiti mereka. Kami berharap untuk terus meneroka dan memperkasakan bakat Malaysia, serta mentakrif semula apa itu pencipta kandungan,” tambahnya.

    Jika korang ingin melihat sorotan acara dari Rumah Terbuka #KongsiBersama TikTok, layari aplikasi TikTok sekarang dan ikuti barisan pencipta kandungan tempatan yang hebat seperti Kionz Chan, Che Sayang Kitchen, Wfsufina, dan Abang Shah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts