Baru-baru ini, Warner Music Malaysia telah mengadakan sambutan Rumah Terbuka yang pertama kalinya bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri dan bertempat di Alof Hotel Kuala Lumpur Sentral. Seramai Hampir 400 jemputan yang hadir ke majlis tersebut termasuklah kesemua artis yang berada di bawah label Warner Music Malaysia.
Semasa majlis berlangsung, tetamu disajikan dengan nyanyian dari beberapa penyanyi yang bernaung dibawah label tersebut, seperti Syamel, Layla Sania, Amsyar Lee dan ramai lagi. Pada majlis tersebut juga, beberapa anugerah telah diberikan kepada lagu yang paling banyak didengari dan menjadi fenomena sepanjang berada dibawah label tersebut seperti kumpulan Masdo, Luqman Podolski serta Janna Nick.
“Kejayaan Artis Tempatan Dibawah Label Warner Music Malaysia, Semakin Mencanak Naik!”
● Masdo dan Luqman Podolski masing-masing raih kedudukan #1 dan #3 bagi kategori artis tempatan terbaik tahunan Spotify pada 2023
● “SAH” dendangan Sarah Suhairi & Alfie Zumi unggul di tempat #1 dalam Carta RIM Malaysia; cecah 1.8 biliontontonan di TikTok
● Bunga dan Masdo melancarkan album baharu, teruskan momentum kerjasama serantau sebagaimana Luqman Podolski x Eclat Story, Amsyar Leee x Fadhilah Intan dan ramai lagi.
Bersempena sambutan Raya, Warner Music Malaysia dengan kerjasama Aloft Kuala Lumpur Sentral sebagai penaja tempat rasmi, menjemput 25 kanak-kanak dari rumah anak yatim, Rumah Titian Kaseh, untuk meraikan kanak-kanak kurang bernasib baik itu dan menyuburkan lagi keberkatan Aidilfitri.
Pada masa yang sama, Warner Music Malaysia memberitahu mengenai prospek masa depan yang positif bagi muzik Malaysia. Peminat boleh menjangkakan album baharu yang amat dinanti-nanti daripada artis utama seperti Bunga dan Masdo dalam tempoh 12 bulan akan datang. Terdapat juga kerjasama rentas sempadan berterusan seperti lagu terbaharu daripada Luqman Podolski x Eclat Story berjudul “Menanti”, lagu yang bakal disiarkan tidak lama lagi kolaborasi Amsyar Leee x Fadhilah Intan, serta beberapa lagi yang sedang dalam pembikinan. Selain itu, Warner Music Indonesia juga telah melancarkan lawatan muzik sekolah menengah disertai oleh artis Warner Music Malaysia, yang mana ini akan membuka peluang lebih besar kepada muzik Malaysia untuk terus bertapak teguh di pasaran Indonesia, seterusnya mengukuhkan lagi daya tarikan serantaunya.