Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMeskipun Ada Negeri Yang Dilanda Banjir, Peperiksaan SPM 2023 Tetap Diteruskan Seperti...

    Meskipun Ada Negeri Yang Dilanda Banjir, Peperiksaan SPM 2023 Tetap Diteruskan Seperti Dirancang Bermula Isnin Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah mengumumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang dijadualkan bermula Isnin ini, akan diteruskan seperti yang dirancang.

    Beliau menjelaskan bahawa kementerian telah membuat persediaan awal bagi menghadapi bencana banjir yang melibatkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian.

    Kementeriannya telah mempunyai pengalaman dalam menguruskan calon SPM yang terjejas oleh banjir atau kesukaran akses ke pusat peperiksaan.

    “Kementerian telah menjalin kerjasama dengan agensi lain bagi memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan SPM 2023.

    “Kerjasama ini adalah untuk membantu membawa calon ke pusat peperiksaan,” katanya.

    Bantuan banjir berjumlah RM300,000 hasil sumbangan badan bukan kerajaan dan perseorangan ini membabitkan barangan keperluan untuk diagihkan kepada mangsa di Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan.

    Secara keseluruhan, terdapat seramai 395,870 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.

    Peperiksaan SPM akan bermula pada 8 hingga 11 Januari untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu, manakala 17 hingga 23 Januari untuk Ujian Bertutur Bahasa Inggeris; 29 Januari untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu; 29 Januari untuk Ujian Mendengar Bahasa Inggeris dan 30 Januari hingga 7 Mac untuk Peperiksaan Bertulis.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts