Umum mengetahui bahawa badal umrah merujuk kepada perwakilan atau pelaksanaan Umrah bagi seseorang yang tidak dapat melaksanakannya sendiri.
Konsep Badal Umrah ini penting dalam agama Islam kerana ia memberi kesempatan kepada individu yang tidak dapat melaksanakan Umrah secara fizikal untuk tetap mendapatkan pahala dan keberkatan yang sama.
Badal Umrah adalah antara pilihan terbaik untuk dihadiahkan kepada arwah ibu bapa, datuk-nenek, suami-isteri, adik-beradik serta arwah insan-insan lain yang tersayang.
Bahkan, semua pahala yang diperolehi hasil dari ibadat umrah yang dibadalkan (diupahkan) itu akan mengalir kepada arwah insan-insan tersayang.
Sebegai contoh, bukan hanya ibadah untuk diri sendiri, penyanyi dan pelakon Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL turut menunaikan umrah buat Allahyarham Ashraf Sinclair.
Berkongsi perkara tersebut, BCL, 40, memberitahu dia melakukan umrah buat Ashraf kelmarin dan berharap ibadah dan tersebut diterima Allah SWT.
“Alhamdulillah, malam ini (kelmarin) menjalankan ibadah umrah untuk Ashraf.
“Insya-Allah diterima oleh Allah SWT,” katanya ringkas.
Sementara itu, dalam perkongsian berbeza, pelantun lagu Cinta Sejati itu menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bersama keluarganya.
“Saya sangat bersyujur kerana akhirnya dapat berada di sini dengan keluarga, subhanallah,” katanya lagi.
Terdahulu, BCL berangkat ke Mekah ditemani suaminya, Tiko Aryawardhana dan anaknya, Noah Aidan Sinclair serta ibunya, Emmy Muchlis pada 31 Januari lalu.