Sahabat dalam Islam adalah saling mengingatkan kita kepada Allah S.W.T, menegur kita ketika kita salah, membela kita ketika kita tidak bersamanya dan sahabat juga sentiasa ada bersama kita di saat kita suka atau sedang berduka.
Peranan sahabat sangat penting di dunia dan akhirat. Kenapa? Kerana sahabat yang beriman dan bertakwa itu dapat memberikan syafaat di akhirat kelak.
Berbahas soal ini, anggota Senario, Azlee Jaafar, 56, menyifatkan pemergian rakannya dalam kumpulan itu, Hamdan Ramli, 54, sebagai satu kehilangan besar dalam hidupnya kerana sejak dulu mereka sering bekerjasama ketika membuat persembahan pentas.
“Arwah dah seperti darah daging saya. Allah lebih mengetahui segalanya. Kami bertemu pada 30 Disember lalu kerana ingin menjayakan persembahan di Johor Bahru. Kami sempat makan dan berborak bersama sebaik saja tiba.
“Namun, keesokannya arwah rebah ketika hendak berlatih sebelum persembahan. Apabila dibawa ke hospital, doktor mengesahkan Hamdan mempunyai komplikasi kesihatan.
Selain itu, pengurus Kumpulan Senario, Nizam Othman memberitahu, Hamdan merupakan seorang yang baik khususnya dalam menjaga solat dan hubungan sesama individu.
“Arwah selalu berpesan dan ingatkan kawan-kawan termasuk ahli Senario agar jangan lupa solat.
Seputar info, Ahad lalu, Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru.
Acara itu adalah sempena ulang tahun ke-27 Senario. Namun, Hamdan tidak dapat menyertainya berikutan deman dan terjatuh lalu dikejarkan ke HSA.
Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat cahaya mata.