Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMeskipun Sudah Kembali Rujuk Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Akui Belum Bersedia...

    Meskipun Sudah Kembali Rujuk Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Akui Belum Bersedia Hamil Anak Ke-3

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kepercayaan umum adalah bahawa jika perkahwinan telah disahkan dan pasangan kembali bersama sebagai suami isteri, semua tanggungjawab terhadap perkahwinan perlu ditunaikan.

    Tentu saja, menambah zuriat menjadi satu perbincangan yang pasti di antara suami isteri.

    Walau bagaimanapun, jarak ideal antara kelahiran dan kehamilan sebaiknya adalah sekitar 2-4 tahun. Ini adalah kerana jarak kelahiran yang terlalu rapat sangat berisiko untuk kesihatan ibu dan janin dalam kandungan.

    Selain itu, jarak kelahiran yang terlalu dekat juga menyebabkan anak berkenaan menjadi berisiko dilahirkan sebelum masanya.

    Dengan itu, perancangan yang teliti diperlukan oleh pasangan suami isteri berdasarkan faktor kesihatan, kewangan serta persediaan fizikal dan mental.

    Secara berasingan, pelakon Diana Danielle menolak dakwaan netizen bahawa dia kini hamil anak ketiga tetapi badannya terlihat berisi kerana kenaikan berat badan sebanyak 10 kilogram pada masa kini.

    Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, dia kini memang dalam tempoh berselera untuk makan sejak Jun lalu dan perkara itu memang dilaluinya pada setiap tahun.

    “Sebelum ini, saya memang susah untuk makan dan naik berat badan kerana seperti yang anda semua tahu mama dan anak saya, Aurora pun memang jenis kurus.

    “Bukan saya sahaja, suami, Farid juga bertambah berat badan sehingga melebihi sebanyak 90 kilogram kerana pembantu rumah kami juga suka memasak apa sahaja di rumah.

    Mengenai soal anak pula, kata Diana, dia masih tidak bersedia untuk menambah anak kerana ingin memberi tumpuan pada dua anaknya yang semakin membesar.

    “Saya faham niat baik orang yang apabila mereka melihat pasangan bahagia, mereka akan berfikir sama ada saya sudah mengandung ketika melihat saya bersaiz besar.

    Beralih kepada soal rumah tangga, Diana berkata bahawa rumah tangganya bersama pelakon Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, juga bahagia selepas mereka rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

    “Pada masa yang sama, kami masih memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri masing-masing untuk mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga setiap hari,” katanya.

    Untuk rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan diberkati dengan dua orang anak iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts