Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 31, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMichael Ang Berang ‘Yee Sang’ Dianggap Haram Oleh Seorang ‘Ustaz’?, Cetus Perdebatan...

    Michael Ang Berang ‘Yee Sang’ Dianggap Haram Oleh Seorang ‘Ustaz’?, Cetus Perdebatan Netizen!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengarah terkenal yang juga seorang mualaf iaitu Michael Ang terhadap pihak terlibat yang menganggap hukum makan ‘Yee Sang’ adalah haram.

    Yee Sang atau disebut sebagai Jamuan Yusheng adalah antara amalan tradisi setiap kali tibanya Tahun Baru Cina sebagai simbolik kepada kemakmuran, ‘tuah’ dan kebahagiaan menyambut perayaan itu bagi kaum Tionghua.

    Michael, menerusi hantaran di Instagram menyifatkan pihak yang memberikan hukum makan yee sang adalah haram itu adalah bodoh, selain menegaskan bahawa tradisi jamuan yee sang itu diperkenalkan di Malaysia sebelum menjadi ikutan di luar negara.

    “Siapa la yang ngok cakap makan yee sang tu haram. Yee sang bukan makan tradisional dari zaman Maharaja Cina ke apa.

    Dah-dah la nak melagakan orang dan ajar ajaran sesat ni? Aku post ni pun sebab tadi dinner makan Yee Sang tiba-tiba anak buah saya 13 tahun tegur saya dan cakap dia tengok kat TikTok ada Ustaz cakap Yee Sang haram untuk kita orang Islam makan. Dia suruh saya jangan makan!.”-berang Michael Ang di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

    Cetus Perdebatan Netizen!

    Hantaran Michael itu mencetuskan perdebatan netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat pihak terlibat seharusnya tidak  bersikap memandai-mandai dalam menjatuhkan sesuatu hukum.

    “Yee sang ada sos versi yang halal. Boleh makan yang tu.”

    “Bila fatwa keluar tanpa nas dan hadis yang kukuh macam ni arh jadinya. Kerja ustaz bukan memberikan fatwa sebaliknya berikan jawapan kepada persoalan fatwa menggunakan fatwa ulama diselangi nas al quran dan hadis. Ulama dan mufti je boleh berikan fatwa-fatwa ni. Even UAI sendiri pun berikan fatwa ikut kitab-kitab ulama dgn mufti negeri😅. Jgn duk amik kerja muftilah manusia oii.”

    “Saya baru dengar penjelasan dari seorang ustaz di radio. Ada yang tanya pasal hukum kalau muslim join yee sang ni. Ustaz cakap tak salah, tak haram, dan tak menjadi dosa. Niat kita hanya untuk meraikan budaya, bukan ikut ajaran agama tersebut. Dengan syarat, bahan-bahan dalam yee sang itu semuanya adalah halal.”

    “Nak makan, makan je lah. Tak payah dengar orang cakap tu.”

    “Yee sang haram, lion dance pun tak boleh tengok katanya berdosa, lari akidah. Kebudayaan kesenian dengan upacara adat agama pun tak reti nak beza ke?.”

    Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts