Pengarah Michael Ang mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou yang membawa pulang pingat emas pertama untuk Malaysia pada final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik, Paris.
‘Jangan anak tirikan’
Menerusi hantaran di Instagram, Michael berharap Cheah Liek Hou mendapat ganjaran yang lumayan selepas berjaya mengharumkan nama negara.
Congrats Malaysia menang emas kat Paralimik Paris 2024. Congrats Liek Hou!
Cuma satu saja la nak pesan, pastikan diorang ini pun dapat habuan sama rata la.
Jangan la anak tirikan diorang. A gold in a Olympic is still a gold medal.
Pada perkongsian sama, Michael berkata atlet paralimpik negara juga bekerja keras untuk berada di tempat mereka sekarang dan turut berjuang untuk membanggakan Malaysia.
Diorang pun sweet blood and tears to be where they are dan banggakan Malaysia!
Sementara itu, rata-rata netizen di ruang komen turut bersetuju dengan pendapat pengarah itu dan berharap pasukan atlet paralimpik negara juga diberikan perhatian sepenuhnya.