Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMichael Ang Kesal Tertuduh Masak Mi Segera Di Stesen Minyak Didenda RM500?-“Tak...

    Michael Ang Kesal Tertuduh Masak Mi Segera Di Stesen Minyak Didenda RM500?-“Tak Adil!..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Adakah anda masih ingat dengan satu video yang tular di media sosial, memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita sedang melepak dan memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highland dengan menggunakan dapur gas mudah alih.

    Hari ini, empat individu telah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

    Dipetik dari laporan BuletinTV3, Majistret Nadhratun Naeiem Zainan telah mengarah kesemua yang tertuduh untuk membayar denda RM500.

    Hukuman yang dijatuhkan pada pihak tertuduh itu mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai termasuklah pengarah terkenal, Michael Ang yang menyifatkan hukuman sebanyak RM500 adalah tidak adil berbanding hukuman penjara yang dijatuhkan kepada orang miskin gara-gara mencuri lampin bayi.

    “Orang miskin curi pampers untuk anak kena jail! Beruk-beruk bodoh masak kat petrol station kena 500 je. Sangat tak adil!

    Kalau aku hakim, takkan tak boleh bezakan orang yang terdesak dan terpaksa mencuri, dengan beruk-beruk honda  tak berotak tergedik-gedik pergi masak kat petrol station yang boleh merbahaya hidup orang lain! Ni mesti something fishy! RM500 sahaja???.”-kesal Michael Ang di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

    “Makin Pelik Hukuman...”

    Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Michael, malah ada yang berpendapat hukuman yang dijatuhkan terhadap tertuduh di Malaysia sudah semakin pelik.

    “Ada kabel la tu. Bapak-bapak diorang kan Menteri, YB.”

    “Saya setuju, RM500 sebulan tidak setimpal dengan risiko perbuatan dorang yang akan memberi impak besar jika berlaku kecelakaan. Setuju tu jika mereka semua dipenjarakan kerana ini bukan lagi kecuaian tapi berbentuk show off dan telah mencabar undang-undang yang berkuatkuasa .”

    “Makin pelik hukuman yang dijatuhkan di Malaysia nih.”

    “Ye lah Malaysia punya udnang-undang makin pelik. Lelaki cuba ceroboh Istana Negara kena jel 2 bulan je.”

    “RM500 ketawa terbahak-bahak la diorang.”

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  Bella Astillah Beri ‘Hint’ Undur Diri Dari ‘Shooting’ Drama Dengan Aliff Aziz & Ruhainies?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts