Pengarah terkenal, Michael Ang dilihat memberikan kritikan terhadap penampilan pelawak dan hos program realiti Gegar Vaganza iaitu Nabil Ahmad ketika siaran langsung program berkenaan, malam tadi.
“Rambut Tu Betul Ingatkan Kawan Gangster Aku Kat Melaka Dulu…!”
Michael Ang menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan fesyen yang digayakan oleh Nabil itu buruk serta seolah-olah seperti artis Hong Kong era 80-an.
“Ini fesyen apo! Macam artis Hong Kong tahun 80-an aje! Please kill the stylist.
Rambut tu betul ingatkan kawan gangster aku kat Melaka dulu!! Buruk buruk. Mengenang masa lalu kena buli dengan gangster Melaka.”-tulis Michael Ang di Instagram
View this post on Instagram
Kritikan Michael Ang mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat fesyen Nabil pada malam itu membuatkannya kelihatan sedikit selekeh.
“Macam balik zaman raja lawak la nabil 😂😂.”
“Trend 2025 laa Mic.. kena laa paham 😂.”
“Sorry, i have to agreed with you mike this time.. Nampak selekeh betul Nabil.. 😌😌.”
“Ok je tu…my pendapatlah….fashion Nabil tu & the curly hair looks like Charlie Chaplin or mcm masa P.Ramlee nyanyi lagu “dengar ini cerita” dlm movie Hujan Panas.”
“Kmbali ke zaman silam tu mike ..😂.”
“Stylist ingat ramai akan ikut laa tu padahal ……. 😂.”
“Nampak muda dan fresh plak bambil 😂😂.”
“Bahahahahaa jangan kejam sangat.”
Apa komen anda?