Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang kagum dengan personaliti pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson yang dikatakan menjaga aib pasangan.
Hormat dan tabik pada Zahnita
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Michael memuji sikap Zahnita yang menjadi diri sendiri tanpa sebarang motif pemasaran di atas isu yang menimpa dirinya.
Saya sangat respect pada Zahnita. Walaupun tengah viral, dia tak sakau semua job orang campak ke dia.
Dari cara dia kita boleh nampak penyeksaan yang dia lalui.
Tiada motif marketing, Zahnita jadi diri sendiri dan buat yang terbaik untuk anak-anak.
Buka aib pasangan
Berkongsi lebih lanjut, Michael merasakan pempengaruh dan selebriti perlu mengambil pengajaran dari cara Zahnita mengatasi isu rumah tangga.
Pada pempengaruh dan artis di luar sana, belajar dari Zahnita.
Perasan tak, satu aib bekas suami dia tak buka walaupun dia mangsa keadaan.
Bukan semua harus diceritakan.
Dalam pada itu, Michael sempat bertanya cara untuk menyokong bisnes pai Zahnita yang menjadi sumber pendapatan utamanya kini.