Pengarah terkenal, Michael Ang menyelar tindakan personaliti media sosial yang didakwa mahu menyebarkan video intim bersama bekas isteri.
‘Too much!’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Michael meluahkan rasa berang dan menganggap tindakan seperti itu adalah tidak wajar serta melampaui batas.
Nak aibkan orang dengan gambar bogel orang tu walaupun gambar tu bersama awak dan awak boleh cakap biarkan sebab awak tak ada dalam video tu, is too much!
Dalam masa yang sama, pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu juga menyifatkan pempengaruh tersebut sebagai seorang yang tidak berhati perut kerana tergamak mahu menyebarkan aib bekas isterinya.
Apa awak nak cakap, awak nak pakai peguam apa pun rakyat malaysia dah anggap awak la manusia yang paling tak berhati perut dan durjana!
Tu sebab benda mcm saman menyaman ni baik diamkan diri. Jangan bagi peluang dekat orang lain buat hukuman dan andaian! Lagi- lagi aib yang boleh jatuhkan maruah orang seperti gambar bogel.
Terdahulu, bekas isteri pempengaruh tersebut mendakwa ugutan berkenaan mula terjadi selepas dia meminta pempengaruh itu untuk melunaskan hutangnya yang berjumlah RM600.
Susulan daripada perkongsian tersebut, akaun IG pempengaruh itu dibanjiri komen wargamaya yang mengecam tindakan jijiknya.