Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang mendedahkan dirinya tidak akan memboikot pelakon kontroversi iaitu Ruhainies meskipun terpalit dengan kontroversi khalwat bersama pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Sedia kerjasama dengan Ruhainies
Memetik laporan portal Gempak, Michael turut menyatakan bahawa dia sedia bekerjasama dengan Ruhainies namun masih tiada naskhah yang sesuai dengan bakat pelakon berusia 32 tahun itu.
Bagi saya untuk bekerja dengan seseorang itu terpulang kepada cerita yang saya tengah buat dan kesesuaian untuk seseorang pelakon itu memainkan watak.
Tapi bagi saya buat masa ini tak ada naskhah yang saya terfikir nak ambil dia (Ruhainies). Belum ada watak dalam projek-projek saya akan datang yang sesuai untuk dia lakonkan.
Bakat lakonan dia tak ada lagi yang sesuai untuk watak-watak yang saya cari.
Dalam pada itu, pengarah filem ‘Kimchi Untuk Awak’ ini menjelaskan video parodi yang dibuatnya mengenai ‘penyondol’ tidak ditujukan kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya sekadar gurauan semata-mata.
Video itu bukan menghentam, dan tiada istilah menghentam. Saya hanya buat lawak sebab benda itu tengah viral.
Sebelum ini saya tak ada komen apa-apa pun. Kalau nak curang ke menyondol ke, suka hati kau lah!
Pada saya benda itu kelakar, tiada niat untuk mengutuk ke apa tetapi untuk buat netizen terhibur.
Terdahulu, telah berlangsungnya prosiding pertuduhan kes khalwat melibatkan Ruhaineis dan Aliff Aziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.
Apa yang menariknya ialah, Michael atau nama sebenarnya Michael Ang Hai Swee memuat naik video ‘parodi’ berkaitan dengan penyondol pada hari yang sama.
Video tersebut telah meraih perhatian dan rata-rata netizen menganggap video tersebut ditujukan Michael kepada Ruhainies dan Aliff.
Video
@official? original sound – OHBULAN!