Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila menerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS) iaitu Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) daripada Presiden AS, Joe Biden pada majlis rasmi di Rumah Putih di Washington, hari ini.
Antara 19 individu terima anugerah
Foto: Andrew Caballero-Reynolds
Menerusi laporan NBC News, Michelle Yeoh menerima pingat tersebut sekaligus menjadi warga Asia pertama yang mengungguli trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95, tahun lalu.
Michelle antara 19 individu yang dianugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) oleh Biden di Rumah Putih.
Menurut Biden, Michelle berjaya memecahkan sterotaip sekali gus melangkaui jantina, budaya, bahasa dan dalam masa sama memberikan inspirasi kepada orang ramai menerusi lakonannya.
Di dalam dan di luar skrin, Michael telah menghancurkan stereotaip dan siling kaca untuk memperkayakan, meningkatkan budaya Amerika.
Peranannya melangkaui jantina, budaya dan bahasa, mempertahankan diri untuk seni mempertahankan diri, kepada komedi romantis, fiksyen sains, untuk menunjukkan kepada kita apa yang kita semua mempunyai persamaan.
Sebagai pelakon Asia pertama memenangi Anugerah Akademi, sebagai pelakon terbaik, dia merapatkan budaya bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga memberi inspirasi dan hati terbuka. Dan itulah yang dia terus lakukan. Tahniah!