Pelakon Miera Liyana memberitahu dia sedang menghitung hari untuk bersalin anak kedua. Tahniah!
Hamil anak kedua
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Miera sendiri menerusi akaun Instagramnya. Menerusi posting yang dimuat naik, Miera dan suami dipercayai mengadakan majlis ‘baby shower’ untuk meraikan anak kedua mereka yang bakal keluar tidak lama lagi.
Ujar Miera, dia sedang menghitung hari untuk bersalin. Pada masa yang sama, dia sangat bersyukur dikurniakan zuriat yang kedua ini.
Masyaallah tabarakallah, sometimes you pray for a miracle, and Allah gives you two.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen mengucapkan tahniah buat Miera dan suami.
Sekadar info, Miera mendirikan rumah tangga bersama Rosland pada 25 Julai 2020.