Di aplikasi X, pelakon Mierul Aiman meluahkan rasa jiiik apabila melihat sikap beberapa individu yang dilihat selamba meletakkan kaki di atas kerusi orang lain ketika sedang menonton filem di dalam sebuah pawagam, baru-baru ini.
Pertama kali nampak
Menurut Mierul, dia berasa hairan sama ada momen sebegitu dianggap normal atau sebaliknya.
Maaf bertanya, benda normal ke ni? Sebab saya first time nampak.
Tambah Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, masyarakat pada hari ini perlu mengekalkan adat dan warisan sekiranya berada di tempat awam.
Kita ni maju macam mana sekalipun, adat dan warisan tok moyang kita jangan lupa. Jangan pernah rasa tempat orang lain macam rumah kita sendiri. Ketinggian adab itu merendahkan takhta kita. Jijik, selekeh.
Menjengah di bebenang berikutnya, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik melihat tingkah laku tersebut. Ujar netizen, mereka pernah melalui momen sebegitu dan terpaksa menghadapinya meskipun sudah memberi teguran.