Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMierul Aiman Tak Kisah Tayang Badan Demi Jayakan Watak, Badan Kekar Bukan...

    Mierul Aiman Tak Kisah Tayang Badan Demi Jayakan Watak, Badan Kekar Bukan ‘Pelaris’ Drama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mierul AimanMierul Aiman

    Pelakon Mierul Aiman mengakui tidak kisah untuk menayang tubuh badannya dalam mana-mana naskhah yang dibintangi demi menjayakan watak.

    Tayang badan

    Mierul AimanMierul Aiman

    Mierul atau nama lengkapnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, berkata, dia melakukan hal itu selari dengan tuntutan dalam karya dan menggalas tanggungjawab sebagai pelakon sebaik mungkin.

    Saya percaya itu adalah watak sahaja, apabila saya jadi penonton melihat semula paparan itu saya hanya enjoy.

    Saya tidak memikirkan tentang tanggapan orang, saya hanya fikir tentang skrip sahaja. Apa objektif naskhah tersebut.

    Saya mahu lakukan dan diberikan yang terbaik dalam setiap lakonan saya.

    Mierul berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri Project: Exit yang berlangsung di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Selasa.

    ‘Pelaris’?

    Mierul AimanMierul Aiman

    Disoal adakah babak menayang badan sebagai cara untuk melariskan drama, Mierul menjawab skrip sesebuah karya sudah ditulis terlebih dahulu sebelum mencari pelakon.

    Saya percaya skrip ditulis sebelum memilih karakter, bukan pilih karakter dahulu kemudian baru tulis skrip.

    Sementara itu, berkongsi mengenai cabaran dalam Project: Exit, juara Hero Remaja 2021 ini akui sedikit mencabar untuk mendalami watak bernama Hadi.

    Cabaran dalam drama ini banyak kerana naskhah ini bertemakan kesihatan mental. Dialog yang ingin dilontarkan perlu selari dengan perasaan pelakon tersebut.

    Jadi, saya bekerja keras dan bertungkus lumus untuk menghayati karakter Hadi dalam nashkah Project: Exit.

    Bagi saya, rasa dan perasaan merupakan tiang seri dalam sesebuah naskhah. Kalau tidak sampaikan dengan perasaan yang tepat, saya tidak akan merasakan kepuasan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts