Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila tular video yang memaparkan Syafiq Kyle dan pelakon, Mimi Lana keluar makan bersama-sama di sebuah kedai yang dipercayai terletak di sekitar Kuala Lumpur.
Keluar Makan Bersama
Kejadian ini sekaligus menjawab mengenai hubungan Syafiq dan Mimi dalam keadaan baik selepas sebulat suara membatalkan majlis perkahwinan mereka.
Mereka berdua kelihatan sangat mesra ketika diminta untuk membuat ‘review’ makanan yang dihidang.
Malah, netizen turut mengesahkan perkongsian itu bukan video lama kerana Mimi dan Syafiq memakai pakaian yang sama ketika menghadiri tayangan filem War On Terror KL Anarki, hasil lakonan Aedy Ashraf.
Tiada Sebarang Jawapan Dari Kedua dua Belah Pihak
Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, tiada sebarang jawapan mahupun kenyataan rasmi berhubung pembatalan majlis tersebut daripada kedua-dua pihak.
Syafiq bagaimanapun ketika ditemui pengamal media berkata dia enggan memberi sebarang komen dan memilih untuk terus mengunci mulut.
Mimi Lana Jawab Spekulasi Netizen
Menurut Astro Awani, Mimi memaklumkan bahawa dia dan Syafiq dalam keadaan baik dan memilih untuk fokus pada diri masing-masing.
Saya dan Syafiq dalam keadaan yang baik, tetapi kami memilih untuk fokus pada diri masing-masing dan juga kerjaya
Malah dia juga menyatakan bahawa keluar makan bersama itu adalah perkara biasa bagi mereka setelah selesai menghadiri mana-mana program.
Untuk rekod, Mimi dan Syafiq sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu. Namun, perkahwinan mereka dibatalkan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.