Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMimi Lana Buka Mulut Isu Hubungan Dengan Syafiq Kyle, Tak Mahu Canang...

    Mimi Lana Buka Mulut Isu Hubungan Dengan Syafiq Kyle, Tak Mahu Canang Kisah Lama – ‘Maaf Jika Ganggu Urusan Harian Kamu Semua’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Mimi Lana tampil membuka mulut selepas hubungan percintaannya dengan aktor Syafiq Kyle kembali dipersoalkan.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Mengaku Dah Takluk Hati Mimi Lana

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kasih Saya Terhadap Awak Kekal Selamanya’ – Ucapan ‘Sweet’ Mimi Lana Sempena Hari Lahir Syafiq Kyle

    ‘Urusan jodoh bukan di tangan saya’

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Mimi atau nama sebenarnya Rozaiana Zainal Abidin, 29, berkata, dia terbaca komen-komen negatif netizen serta mendoakan perkara yang tidak baik buat dirinya.

    Pertama sekali saya nak panjatkan rasa syukur kepada semua yang mendoakan diri saya dan berkenaan jodoh saya. Semoga segala doa yang baik-baik berbalik kepada awak semuua yang mendoakan.

    Tetapi, saya ada terbaca segelintir orang yang rimas dengan berita hubungan saya yang katanya sekejap jadi sekejap tak jadi.

    Ada yang sampai keluarkan ayat-ayat dan doa yang tidak baik untuk saya. Urusan jodoh, ajal dan maut ini bukanlah di tangan saya. Terdetik di hati saya, mereka yang mempersoalkan urusan hubungan saya ini seolah-olah mempersoalkan kerja Tuhan.

    Diuji dengan bermacam dugaan

    Menurut Mimi, dia juga manusia biasa yang tidak lari daripada ujian dan urusan jodoh adalah salah satu daripadanya.

    Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Itu ini memberitahu dia tiada niat untuk bercakap soal hubungannya dengan Syafiq, namun sebagai seorang selebriti, kehidupannya sering menjadi perhatian.

    Kami manusia biasa, sama seperti semua orang yang diuji dengan bermacam dugaan. Dan biarlah dugaan kami disimpan sebaiknya dan tidak dicanang kerana saya yakin kami berdua cuba sehabis baik untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari semalam.

    Kalau tidak ditanya kami sendiri tidak mahu bercakap soal hubungan kami kepada orang ramai. Walaupun tidak ditanya terus melalui kamu, tetapi kami tidak dapat menepis setiap kali keluar ditanya oleh rakan-rakan media. Dan saya menghormati mereka.

    Bagaimanapun, Mimi memohon maaf sekiranya berita hubungan mereka memberi kesan kepada kehidupan orang ramai.

    Mungkin urusan jodoh mereka dipermudahkan oleh Allah SWT. Alhamdulillah. Dan saya doakan mereka terus kecapi rasa bahagia itu. Saya di sini, terus berdoa Allah permudahkan segala urusan saya dan terus membimbing saya menjadi manusia yang lebih baik.

    Maafkan kami jika berita tentang kehidupan peribadi kami mengganggu urusan harian kamu semua. Saya tetap mendoakan yang terbaik, dan saya berdoa supaya Allah tutup mata-mata kami dari membaca berita kami yang membuatkan hari kamu semua tidak senang. Amin YRA.

    Terdahulu, Syafiq Kyle membuat pengakuan hatinya telah ditakluk Mimi Lana dan menunggu masa yang sesuai untuk melamar wanita pilihan hatinya itu.

    ALSO READ:  Harith Iskander Dedah Penceraian Tak Jejas Hubungan Dengan Bekas Isteri – ‘Kami Masih Pergi Bercuti Bersama Dengan Anak-Anak’

    Untuk rekod, majlis pernikahan pasangan pelakon ini yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos tahun lalu telah pun dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

    Syafiq dan Mimi pernah putus cinta selepas lima tahun menjalinkan hubungan namun hati mereka kembali bertaut setelah berkongsi foto majlis pertunangan di media sosial masing-masing sekitar Januari tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts