Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMimi Lana Dan Syafiq Kyle ‘Disahkan’ Tidak Kembali Bercinta, Sebaliknya Jalin Hubungan...

    Mimi Lana Dan Syafiq Kyle ‘Disahkan’ Tidak Kembali Bercinta, Sebaliknya Jalin Hubungan Sebagai ‘BFF’!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Orang kata, lelaki boleh berkawan dengan perempuan. Perempuan juga boleh berkawan dengan lelaki.

    Tetapi persahabatan lelaki dan perempuan hanya boleh kekal sebagai kawan biasa saja, jika mereka tidak mempunyai hubungan percintaan.

    Hanya lelaki dan perempuan yang bercinta sahaja boleh menjadi sahabat baik. Selain daripada itu, lelaki atau perempuan hanya boleh mempunyai kawan baik dari kaum yang sama dengan mereka sahaja.

    Ini kerana, kebanyakkannya berpendapat bahawa sukar untuk tidak tumbuh rasa cinta terhadap rakan berlainan jantina kerana sudah menjadi lumrah untuk mereka mudah jatuh cinta.

    Namun, bagi sesetengah pasangan bercinta, mereka lebih senang merahsiakan hubungan dengan alasan mahu menjaga hati atau berasakan tidak perlu berkongsi disebabkan belum ada ketentuan.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini pengurus kepada pelakon Mimi Lana dan syafiq Kyle iaitu Iman Tang menolak dakwaan dua selebriti itu kembali bercinta, sebaliknya hubungan mereka hanya sekadar sahabat baik.

    Menurut sumber Kosmo, Mimi dan Syafiq tidak pernah bermusuhan selepas kedua-duanya tidak jadi melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos tahun lalu.

    “Mereka masih berkawan. Walaupun tidak jadi bernikah, bukan bermakna mereka bermusuhan atau bergaduh.

    “Sebab pada waktu kejadian (tak jadi kahwin), saya ada bersama dengan mereka,” katanya.

    Kata Iman lagi, baik Mimi mahupun Syafiq, mereka masih mengekalkan hubungan profesional sehingga hari ini, malah baru selesai menjalankan sesi fotografi bersama-sama hari ini.

    “Macam hari ini, merekabaru saja selesai menjalani sesi fotografi mempromosikan baju Melayu dan baju kurung untuk sebuah jenama tempatan,” kata Iman.

    Menurut Iman lagi, sebagai pengurus, dia terbuka sekiranya kedua-dua pelakon itu kembali bersama (bercinta), namun masing-masing sedang sibuk dan fokus dengan kerja.

    “Bagi saya, biar mereka fokus dengan kerja dulu. Mungkin dalam kesibukan bekerja itu ada bibit cinta dan perasaan untuk kembali bersama,” katanya.

    Iman turut berharap agar pasangan ini dapat memaklumkan hubungan mereka lebih awal sekiranya ada berita baik yang mahu dikongsikan.

    “Saya berharap sekiranya mereka kembali bersama, mereka akan memberitahu saya lebih awal kerana sebelum ini saya hanyalah jemputan. Saya tidak tahu apa-apa,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts