Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMimi Lana Menangis Hampir Seminggu Sebab Kena Potong Rambut Pendek – ‘This...

    Mimi Lana Menangis Hampir Seminggu Sebab Kena Potong Rambut Pendek – ‘This Is Not Me, Rasa Tak Sesuai Dengan Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mimi LanaMimi Lana

    Pelakon Mimi Lana mendedahkan dia menangis selama hampir seminggu selepas terpaksa memotong pendek rambutnya demi menjayakan watak bernama Emma dalam filem The Experts.

    Seminggu menangis

    Mimi LanaMimi Lana

    Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, berkata ketika itu dia berasa tidak yakin pada diri dan sedikit kekok dengan imej tersebut.

    Waktu saya potong rambut untuk The Experts ini, saya rasa hampir seminggu saya menangis-nangis. Sebab saya rasa tak boleh terima, tak boleh carry rambut itu.

    Jadi, baru sekarang ini saya nak rasa rambut panjang balik. Tolong jangan suruh saya potong rambut lagi.

    Mimi berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Tambah Mimi, dia berpendapat imej berambut pendek kurang sesuai dengannya dan akui mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

    Mungkin saya dah biasa rambut panjang dan tak pernah berambut pendek. Saya rasa kali terakhir saya rambut pendek, waktu saya sekolah dulu. Bila mereka minta saya potong rambut pendek, mulanya saya yakin.

    Okay boleh la! Tapi bila dah potong, saya rasa tak ada benda yang dapat tutup diri saya. Ini kali pertama saya rasa macam itu. Setiap kali bangun pagi, saya rasa ‘oh no, this is not me, tak sesuai dengan diri saya’. Saya rasa tak yakin dengan diri sendiri. Tapi lama-lama saya kena terima la.

    Sementara itu, disoal adakah dia sanggup memotong lagi rambutnya jika mendapat bayaran tinggi dalam mana-mana tawaran, Mimi menjawab dia akan melihat dari segi skrip sesebuah naskhah.

    Insya-Allah, (potong rambut jika dapat bayaran tinggi). Kita kena tengok la bayaran itu, berbaloi ke tak. Kita kena tengok skrip juga.

    Kalau skrip itu menuntut kita berambut pendek, tak boleh panjang, kita kena potong la. Apa-apa pun kita tengok pada skrip la.

    Sekadar info, filem aksi heist, The Experts terbitan Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bakal menemui penonton bermula 23 Mei ini di pawagam seluruh negara.

    ALSO READ:  Dapur Panas Menyingkap ‘Rahsia’ Hidangan Masakan Yang Mudah & Menggiurkan!

    Selain Mimi, The Experts turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Maya Karin, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan ramai lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts