Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMimi Lana Menunjukkan Kesederhanaan Emosi, Menjaga Professionalisme Bersama Syafiq Kyle – 'Mampu...

    Mimi Lana Menunjukkan Kesederhanaan Emosi, Menjaga Professionalisme Bersama Syafiq Kyle – ‘Mampu Memafkan Namun Tidak Lupa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    mimi lanamimi lana

    Walaupun impian untuk mendirikan rumah tangga tidak dapat diteruskan, namun pelakon Mimi Lana masih menjaga hubungan yang baik dengan Syafiq Kyle.

    Hubungan masih baik

    Ketika ditemui , Mimi atau nama sebenarnya Rozaiana Zainal Abidin tidak menafikan emosinya terganggu dan berdepan dengan fasa sedih ketika tempoh sukar itu. Namun, Mimi memilih untuk menghadapinya secara sederhana.

    Saya rasa sebagai seorang wanita saya dah cuba sebaik mungkin. Sudah tentulah saya sedih, perasaan itu saya tak boleh tipu. Tetapi kita perlu bersederhana supaya ianya tidak terbawa-bawa sehingga mengganggu kehidupan, orang lain dan juga kerjaya.

    Menurut aktres berusia 29 tahun ini, dia optimis dengan ketentuan yang telah berlaku kepadanya meskipun ianya bukanlah satu hal yang mudah.

    Kalau nak cakap pasal pulih ni, sampai bila-bila pun tak pulih. Apabila kita berada dalam situasi itu, kita boleh memaafkan dan terima tetapi tidak melupakan.

    Ini semua sudah tertulis, saya bersyukur dapat mengatasi semuanya dengan baik. Mungkin Allah nak beri yang lebih baik untuk saya pada masa akan datang.

    Disoal tentang kerjasama yang dijalinkan bersama Syafiq selepas membatalkan perkahwinan, Mimi berkata dia perlu profesional dalam kerjaya.

    Kami tak ambil masa yang lama untuk bersemuka semula, sebab kami saling mengenali sejak sembilan tahun lalu. Kami dah matang dan tahu macam mana untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

    Kami masih berjumpa sebab banyak sangat projek bersama. Nak tak nak industri ini kecil, jadi perlu profesional. Saya tak ada masalah bergandingan dengan Syafiq.

    Bagaimanapun, Mimi memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut berkenaan punca sebenar mengapa perkahwinannya dibatalkan.

    ALSO READ:  Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies – ‘Sekali Lagi Fitnah Manusia, Kami Maafkan’

    Mimi berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran drama First Wife di Putrajaya pada Isnin.

    Bawa watak komedi

    mimi lanamimi lana

    Dalam perkembangan lain, Mimi memaklumkan dia senang untuk membawa watak komedi di dalam drama tersebut walaupun pada awalnya wujud perasaan gementar.

    Ini adalah kali pertama saya bawa watak bergenre komedi, saya rasa seronok dan selepas ini saya akan lebih yakin untuk terima tawaran watak yang sama.

    Saya berasa gementar sebab saya bukanlah seorang yang kelakar tetapi ketika di set penggambaran ramai yang ketawa dengan watak ini.

    Drama yang berkisarkan tentang kuasa wanita dan pengkhianatan suami itu turut dibintangi oleh Malek Mccrone, Andy Teh, Melissa Campbell, Charles Roberts dan Carmen Soo.

    Terdahulu, majlis pernikahan pasangan pelakon ini yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023 telah pun dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

    Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta selepas lima tahun menjalinkan hubungan namun hati mereka kembali bertaut setelah berkongsi foto majlis pertunangan di media sosial masing-masing sekitar Januari tahun lalu.

    @official

    Stay strong Mimi ?# #fyp #mimilana #syafiqkyle

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts