Pempengaruh terkenal kelahiran Indonesia iaitu Mimi Peri meruntun hati wargamaya ketika berkongsikan kisah duka sewaktu kematian ayah tercintanya.
Disihir tiga tahun selepas masuk Islam
@momyelena #feniroseofficial #mimiperi ? suara asli – mommy elena
Menerusi sesi podcast bersama bersama Feni Rose, pemilik nama Ahmad Jaelani ini memaklumkan bapanya berdepan dengan beberapa sakit misteri sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Dakwa Mimi, kematian bapanya itu seperti akibat daripada perbuatan sihir dan ilmu yang dihantar oleh seseorang.
Ayah saya sakit dan sakit itu seperti terkena buatan orang. Dia punya sakit itu sampaikan rumput yang hijau boleh mati sekiranya terkena air kencingnya.
Waktu itu saya baru saja berusia tiga tahun dan ibu saya sangat buntu dengan perkara tersebut.
Alhamdulillah kami sekeluarga ketika itu sudah pun menjadi saudara baru dalam Islam. Sebelum itu kami bukan beragama Islam.
Selepas tiga tahun menjadi mualaf, ayah saya meninggal dunia.
Lebih menyedihkan ialah, Mimi memaklumkan bahawa tiada siapa yang datang membacakan surah Yasin buat arwah bapanya ketika meninggal dunia.
Kalau orang meninggal, kebiasaannya orang akan datang dan bacakan Yasin tapi tak ada.
Masih segar di ingatan saya ketika itu sangat sepi dan hening.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih dan bersimpati mendengar perkongsian Mimi itu.
Menurut mereka, Mimi selama ini menyembunyikan apa yang terbuku di hati dengan cara menghiburkan orang ramai dengan melakukan konten menarik di media sosial.