Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMinat Dunia Permotoran Dan Erra Fazira, Lisdawati Dedah Detik Permulaan Terlibat Dalam...

    Minat Dunia Permotoran Dan Erra Fazira, Lisdawati Dedah Detik Permulaan Terlibat Dalam Bidang Seni

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Nisdawati binti Nazaruddin atau lebih dikenali sebagai Lisdawati.

    Lisdawati pernah terkenal dahulu dengan filem yang dibintanginya iaitu KL Menjerit, bidang permodelan dan pernah menjadi duta beberapa produk di Malaysia.

    Mengimbau Kembali Kerjaya Lisdawati

    via Youtube Sinar

    Satu perkongsian daripada Youtube Sinar, telah merungkai dan mengimbau kembali kisah-kisah selebriti yang dahulunya pernah nama mereka menjadi sebutan orang ramai dan salah seorang daripadanya adalah Lisdawati.

    Dalam episod tersebut, antara topik yang menarik perhatian adalah apabila Lisdawati menceritakan kembali saat bagaimana dia mula menjadi selebriti dan minatnya terhadap lakonan Erra Fazira.

    Lisdawati dalam temubual tersebut mendedahkan bahawa dia mula menjadi selebriti dan juga model apabila minatnya yang mendalam dalam bidang permotoran.

    Terpengaruh Dengan Erra Fazira

    Dia yang terus mengambil lesen moto selepas tamat sekolah menceritakan bahawa minatnya semakin menjadi apabila melihat Erra Fazira membawa motosikal dalam filem Sembilu.

    Dan disebabkan kebolehan dia menunggang motosikal pada ketika itu jugalah yang membawanya menjadi pelakon dan juga model.

    Satu klip yang dimuat naik di Instagram Sinar mengenai permulaan bidang lakonan Lisdawati ini telah menjadi perhatian.

    Erra Imbau Saat Bersama Lisdawati

    via dhian blog

    Melihat diruangan komen, Erra Fazira juga turut mengimbau kembali ketika dahulu dia mempunyai ‘show’ di RTM dan Lisdawati datang memberikan sokongan dengan menaiki motosikalnya.

    Teringat waktu zaman hakak muda2 dulu.. Adinda Lisdawati remaja belia lagi.. dia mai dtg support show di rtm.. dia naik motor!! i locked memori tu tauuu !! she’s so sweet! Love u adikku

    Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi oleh netizen. Ramai yang kagum dengan hobi dan minat Lisdawati dalam bidang permotoran, malah ada juga yang tidak menyangka bahawa minatnya dalam bidang tersebut.

    ALSO READ:  Lana Nodin Tampil Berhijab, Mahu Bimbing Diri & Keluarga Ke Arah Lebih Baik – ‘Saya Masih Dalam Fasa Percubaan’

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts