Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMinaz Terapkan Tambalan Selebriti & 'Influencer' dalam Koleksi Raya 'Lebaran Kita'

    Minaz Terapkan Tambalan Selebriti & ‘Influencer’ dalam Koleksi Raya ‘Lebaran Kita’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    MINAZMINAZ

    Jenama fesyen dan pakaian wanita serta keluarga, MINAZ berpegang dengan prinsip tidak akan bekerjasama dengan mana-mana selebriti atau pempengaruh yang terpalit dengan kontroversi.

    MINAZ elak model kontroversi

    MINAZMINAZ

    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Puan Hajjah Hafiza Datuk Abdul Hamid berkata, pihaknya akan mengelak daripada mengambil selebriti dan pempengaruh berkontroversi untuk dijadikan model jenama mereka.

    Malah, kata Hafiza tindakan segelintir jenama yang berbuat demikian disifatkan sebagai kurang bijak.

    Saya memang tidak suka artis atau pempengaruh yang berkontroversi jadi model jenama MINAZ. Malah, MINAZ akan cuba sehabis baik untuk mengelak.

    Tetapi kadang kala, tidak boleh dijangka sesuatu isu atau kontroversi itu berlaku, kerana perjanjian hitam putih dipersetujui lebih awal.

    Saya selalu nasihatkan pasukan saya jangan terlalu mahu ikutkan kontroversi seperti yang berlaku baru-baru ini ada jenama ambil kesempatan. Itu adalah tindakan yang tidak bijak.

    Sesebuah jenama itu hanya perlu promosikan pakaian sudah lah, tidak perlu menambah sesuatu isu lain sehingga dikhuatiri akan makan diri mereka semula.

    Hafiza berkata demikian ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen koleksi Raya MINAZ ‘Lebaran Kita’ yang diadakan di Anjung Syawal, Festival Ramadan Putrajaya 2024, pada Sabtu.

    ‘Lebaran Kita’

    MINAZMINAZ

    Pada acara sama, MINAZ turut memperkenalkan koleksi baharu iaitu ‘Abaya Series’ dengan perincian mewah yang diinspirasikan dari budaya timur tengah. Bertambah menarik lagi, koleksi raya tahun ini terbahagi kepada dua iaitu Arab dan Klasik.

    Melanjutkan bicara, Hafiza berkata setiap helai pakaian dalam koleksi ini direka dengan teliti oleh Pengarah Fesyen MINAZ, Pija MINAZ & Tim dengan menggabungkan unsur-unsur tradisional serta moden.

    Tema ‘Lebaran Kita’ kali ini mempersembahkan gabungan unik antara seni floral batik dan blossom dalam edisi ‘printed’ yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden yang segar.

    Kami berharap koleksi ini tidak hanya memikat hati pelanggan tetap MINAZ, tetapi juga dapat menarik minat pelanggan baru yang mencari pakaian raya yang eksklusif dan istimewa.

    MINAZ juga memberikan penekanan kepada potongan yang longgar dan corak yang melambangkan keanggunan serta kemewahan, sesuai dengan identiti jenama MINAZ yang dikenali dengan rekaan yang elegan.

    Dengan penggunaan material berkualiti tinggi dan rekaan yang teliti, kami sangat berbesar hati memperkenalkan koleksi terbaru kami, ‘Abaya Series’ yang dihasilkan dengan perician mewah, penuh dedikasi dan cinta kepada fesyen inspirasi dari timur tengah.

    Kami yakin koleksi ini akan menjadi pilihan utama para pencinta fesyen yang menghargai nilai tradisi dan keindahan rekaan moden. Kami percaya, tahun ini ‘Lebaran Kita’ lebih sempurna dengan memakai koleksi memukau daripada MINAZ.

    Kongsi Hafiza lagi, sempena pertunjukan fesyen di Putrajaya kali ini, MINAZ juga menampilkan ‘MINAZ Friends iaitu kumpulan pempengaruh media sosial bagi memperagakan koleksi Raya MINAZ ‘Lebaran Kita’.

    ALSO READ:  5 Salah Faham Yang Orang Selalu Dengar Mengenai Konsep Co-Payment Dalam Insurans Takaful Perubatan & Kesihatan

    Pada tahun ini juga, MINAZ bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya dan Ingenious Creative Lab Sdn BHD.

    Dalam pada itu, ditanya mengenai harapan MINAZ setelah 14 tahun teguh membina empayar jenama dalam pasaran, Hafiza mengakui, pihaknya sentiasa menanam rasa komited untuk memastikan jenama ini terus kekal relevan dalam industry tekstil dan pakaian.

    Tidak lain dan tidak bukan, harapan kami adalah untuk terus kekal relevan dan terus menyuntik keyakinan buat para wanita dalam berpakaian sempurna disamping menyajikan para pelanggan yang dikasihi dengan rekaan baju yang sopan dan terkini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts