Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Minggu Depan Tak Siap, Korang Masuk Penjara”-Nora Danish

    “Minggu Depan Tak Siap, Korang Masuk Penjara”-Nora Danish

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Nora Danish meluahkan berang terhadap pihak kontraktor yang dianggap sebagai ahli keluarga telah menipu dalam proses ‘renovation’ kediamannya.

    Menurut Nora menerusi Insta Stories, menyatakan bahawa tempoh proses pengubahsuaian rumahnya itu seharusnya telah selesai sejak Januari lalu, namun masih terbengkalai sehingga kini.

    “Dari Januari patut siap, duit dah bayar 90 peratus. Sekarang dah masuk April. Nak kata sabar, saya dah sabar lama. Memang polis la jawapannya.”-kongsi Nora Danish di Instagram

    “Duduk Hotel Dah Lebih 4 Bulan…”

    Tambah Nora, tindakan kontraktor berkenaan telah menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga terpaksa tinggal di hotel serta kediaman ibunya selama beberapa bulan.

    “Lock & store bayar sejak Ogos. Duduk hotel dah lebih 4 bulan, sekarang saya tinggal di rumah ibu dah 3 bulan. How tiring is that. Ianya kesilapan saya kerana percayakan seseorang dianggao ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki.

    Tinggalkan kami terkontang-kanting kena tipu dengan kontraktor yang penipu dan tak berhati perut. Kesemua baju kami dalam beg plastik IKEA. Kena korek setiap kali nak pakai. Nak start kerja pun susah. My kids tidur sana sini. Allahuakbar. By next week tak siap, korang masuk penjara.”-tulis Nora

    Dalam pada itu, pelakon ini turut memberikan pesanan kepada orang ramai untuk berhati-hati dalam memilih rakan serta kontraktor.

    Sekadar info, Nora Danish mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Nedim Nazri pada tahun 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl.

    Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada tahun 2006 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 2008. Mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putera Rayqal.

    ALSO READ:  Pemakaman Coco Lee Akan Dilakukan Pada 31 Julai 2023 Dan Jenazah Akan Dibakar Pada Esoknya

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts