Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMinggu Final Famili Duo 4 Catat 4.3 Juta Penonton, Kekal Menjadi Rancangan...

    Minggu Final Famili Duo 4 Catat 4.3 Juta Penonton, Kekal Menjadi Rancangan Pilihan Utama Rakyat Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Famili Duo Musim 4 menutup tirainya dengan penuh gemilang sebagai rancangan realiti nyanyian keluarga TV3, mencatatkan prestasi cemerlang yang mencecah 4.3juta penonton!

    Peningkatan rating sebanyak 71.6%

    Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Famili Duo sebagai rancangan pilihan utama rakyat Malaysia, menjadikannya program slot Ahad dari jam 9 hingga 11 malam yang paling banyak ditonton, terus menemani dan menghiburkan penonton di seluruh negara.

    Famili Duo Musim 4 juga mencatatkan lonjakan rating yang luar biasa dengan peningkatan sebanyak 71.6% berbanding musim lalu di Live TV dan AVOD di Tonton sepanjang musim siarannya. Prestasi ini bukan sahaja membuktikan keupayaan Famili Duo untuk menarik penonton TV sedia ada, tetapi juga berjaya meraih perhatian pengguna digital, selaras dengan peralihan kepada dunia digital masa kini.

    Menurut laporan Meltwater 2024, kejayaan cemerlang di media sosial dapat direkodkan dengan jangkauan mengagumkan sebanyak 3.8 bilion. Melalui posting tular dan interaksi media sosial yang aktif, program ini mencetuskan fenomena dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan penonton seperti misteri pendedahan pasangan Naqiu dan kehilangan duo Didi Astillah dan Thamiera.

    Momen penuh magis

    Mencipta momen penuh magis di pentas akhir, Shiha dan Ieda Zikir tidak mampu menahan air mata kesyukuran apabila dinobatkan sebagai juara Famili Duo Musim 4, mengatasi dua pasangan sepupu yang lain.

    Dengan persembahan yang memukau, mereka berjaya memikat hati juri dan penonton melalui kreativiti yang luar biasa, penguasaan pentas yang bijak, vokal mempesona, dan penghayatan lirik yang mendalam. Kejayaan ini melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 bersama trofi kejuaraan.

    Keunikan dan kejutan yang mereka tampilkan jelas membuahkan hasil apabila mereka sanggup melabur RM60,000 dan menanggung kecederaan demi menghasilkan persembahan yang tiada tandingan.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Tak Baik Tau Cakap Pasal Orang, Berdosa’ – Anak Zahirah MacWilson Pesan Berbuat Baik Kepada Semua Orang

    Pada malam tersebut, pasangan duo ini membawakan lagu Dokter Cinta nyanyian asal Dewi, menggabungkan elemen futuristik dengan kesan laser dan muzik EDM, serta lagu Mentera Semerah Padi oleh Datuk M.Nasir, yang dianggap killer serta menjadi satu-satunya persembahan yang mendapat markah perfect 10 daripada kedua-dua juri.

    Selaku naib juara, Ayie dan Salma sekali lagi tidak gagal, dengan persembahan mereka, bermula dengan gabungan lagu Kisah Ku Inginkan dan Haram yang berlatarbelakangkan konsep Titanic, disusuli dengan lagu Mentari Di Ufuk Timur dan Meniti Titian Usang yang penuh aura bertenaga.

    Duo Tomok dan Sharul pula menghidupkan pentas dengan gabungan lagu Gadis Melayu, Lagu Jiwa Lagu Cinta, Menggegar Dunia, dan Sang Saka Biru, mencipta persembahan penuh elemen pesta dan aksi mencabar.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts