Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMinuman Dalam Akuarium Boleh Sebabkan Kanser? Netizen Sindir-‘Terpaling Inovatif Lah Tu Kononnya’

    Minuman Dalam Akuarium Boleh Sebabkan Kanser? Netizen Sindir-‘Terpaling Inovatif Lah Tu Kononnya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menakutkan! Itulah yang menjadi kebimbangan kepada  pembeli selepas teguran yang dikeluarkan oleh Public Health Malaysia di Facebook baru-baru ini . Ia mengenai teh tarik viral yang menarik perhatian ramai. Teh tarik tersebut bukan terkenal kerana rasanya, tetapi cara penghasilan teh tarik itu.

    Bagi menghasilkan teh tarik yang lebih berbuih, ada peniaga yang mengambil inisiatif menggunakan pam dan akuarium. Lagi mengejutkan apabila perkara tersebut mula menjadi ikutan para peniaga lain.

    Ketika minuman ini menjadi trending di media sosial, rupa-rupanya ia mendatangkan bahaya kepada peminum. Menurut Public Health Malaysia, sekiranya bekas yang digunakan tidak selamat sehingga terdapat kebocoran bahan kimia, ia boleh menyebabkan kanser.

    “Bukan semua bahan sesuai untuk menjadi tempat penyimpanan dan penyediaan makanan. Untuk keselamatan, pilih bekas yang ada tanda “gred makanan”.

    “Penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan akuarium (silikon) yang tidak selamat ke dalam makanan. Ada bahan bahan kimia bahaya yang boleh menyebabkan kanser.”

    “Pam akuarium, lapisan dalam akuarium dan celah celah akuarium sukar untuk dibersihkan. Ada risiko pertumbuhan bakteria dan kulat. Peniaga di ingatkan untuk mengutamakan keselamatan pengguna dan pengguna perlu bijak memilih premis makanan yang selamat.”- tulis mereka di laman facebook.

    ‘Terpaling inovatif lah tu kononnya’- Netizen

    Di laman twitter, pelbagai reaksi telah diberikan oleh netizen. Ada yang terkejut dan meluahkan rasa bimbang dengan sikap sesetengah peniaga menuman yang tidak mementingkan keselamatan kepada pengguna.

    VIA Twitter Jabatan Netizen Malaysia
    VIA Twitter Jabatan Netizen Malaysia
    VIA Twitter Jabatan Netizen Malaysia
    VIA Twitter Jabatan Netizen Malaysia

    Rata-rata netizen berharap selepas ini para peniaga menjalani kursus pengendalian makanan supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan makanan. Apa komen anda?



    Credit: Selera – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts