Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMira Filzah Kongsi Momen Tunai Umrah Bersama Suami & Anak, Netizen Titip...

    Mira Filzah Kongsi Momen Tunai Umrah Bersama Suami & Anak, Netizen Titip Doa!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon jelita, Mira Filzah membuat perkongsian istimewa apabila dirinya pertama kali dapat menunaikan ibadah umrah sebagai seorang isteri dan juga ibu.

    Mira, menerusi hantaran di Instagram akui perjalanan umrahnya kali ini agak mencabar namun bersyukur apabila dapat menyempurnakan tawaf sambil mendukung anak lelakinya, Wan Khair Amir.

    “Pertama kali buat Umrah sebagai seorang isteri dan ibu. Mencabar tetapi perjalanan Umrah yang indah untuk saya.”-kongsi Mira di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

    Kongsinya lagi, suaminya iaitu Wan Emir turut membantu untuk menjaga anak lelaki mereka dan memberi peluangnya untuk keluar ke masjid untuk melakukan solat tahajjud.

    “We had only one night here. Emir volunteered untuk jaga Amir dan Mira dapat keluar ke masjid sendiri untuk tahajjud. Wallahi i had the best time ever in my life.

    Terima kasih kesayanganku, Wan Emir Astar. Short, but very meaningful in the most blessed place on earth.”-tulis Mira lagi

    Dibanjiri Doa Peminat

    Perkongsian Mira dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang menitipkan doa agar Mira sekeluarga memperoleh Umrah yang mabrur serta dipermudah segala urusan sepanjang beribadah di Tanah Suci Mekah.

    “Bila Mira sekeluarga bertolak pergi umrah.. semoga Mira sekeluarga mendapat umrah mabrur.. balik ke Malaysia nanti terus istiqamah semoga Mira Filzah menjadi wanita betul-betul solehah.. 🤲🤲🤲 Aamiin Aamiin Aamiin ya Rabbal Alamin..”

    “Alhamdulliah semoga mira dan suami mendapat umrah yng mabrur.”

    “Umrah mabrurah Mira sayang 🤍.”

    “Alhamdulillah for the rezeki ❤️.”

    Apa komen anda?



    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts