Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMira Filzah Kongsi Pengalaman Pertama Kali Buat Umrah Sebagai Seorang Ibu &...

    Mira Filzah Kongsi Pengalaman Pertama Kali Buat Umrah Sebagai Seorang Ibu & Isteri – ‘Tawaf Tujuh Kali Sambil Dukung Amir’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Mira Filzah bersyukur apabila dia dan suami dikurniakan nikmat untuk melakukan ibadah umrah dalam keadaan yang tenang meskipun membawa anak lelaki mereka, Wan Khair Amir.

    Syukur kepada Allah

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman memaklumkan bahawa ibadah umrah yang dilakukan kali ini agak mencabar buatnya tetapi cukup bermakna dengan adanya suami dan anak di sisi.

    Pertama kali buat umrah sebagai seorang isteri dan ibu.

    Sangat mencabar tetapi satu pengalaman yang sangat bermakna buat saya.

    Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama ‘Pujaan Hati Kanda’ ini turut menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya, Wan Emir Astar kerana menjaga anak mereka dan memberi peluang untuk dirinya melakukan ibadah secara sendirian.

    Kami cuma ada satu malam saja di sini. Emir menawarkan dirinya untuk menjaga Amir dan saya dapat keluar ke masjid sendiri untuk mendirikan solat Tahajjud.

    Wallahi, ini adalah momen terbaik dalam hidup saya, terima kasih sayang.

    Ia satu pengalaman yang singkat tetapi sangat bermakna untuk berada di tempat yang paling diberkati di muka bumi.

    Tawaf sambil dukung Amir

    Sementara itu, Mira turut berkongsi momen dirinya melakukan ibadah tawaf di sekeliling Kaabah sambil mendukung Amir.

    Alhamdulillah, selesai mengerjakan ibadah umrah.

    Pertama kali bawa Amir dan dia nak mama dukung ja, jadi mama lah dukung sambil tawaf tujuh kali.

    Tak merungut, syukur Alhamdulillah buat segalanya.

    Sekadar info, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga mereka pada 3 September 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Khair Amir yang kini berusia dua tahun.

    ALSO READ:  Exists Tak Pernah Serik Dengan Mamat – ‘Bila Dengar Dia Sudah Lepas Daripada Benda Itu, Kami Pun Rasa Gembira’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts