Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMira Filzah Kongsi Tips Untuk Jaga Solat – ‘Bila Kita Buat Sebagai...

    Mira Filzah Kongsi Tips Untuk Jaga Solat – ‘Bila Kita Buat Sebagai Rutin Harian, Kita Akan Rasa Pelik & Janggal Kalau Tertinggal’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita, Mira Filzah berkongsi cara dirinya menjaga ibadah solat meskipun perlu menjalani kesibukan harian bekerja sebagai seorang selebriti.

    Jadikan rutin harian

    Menurut pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman ini, seseorang itu perlulah menjadikan ibadah solat sebagai rutin harian supaya dapat memupuk sikap disiplin yang berterusan dalam diri.

    Emm macam mana ya nak cakap, bila kita jadikan ia (ibadah solat) sebagai rutin, kita akan terbiasa dan rasa pelik dan janggal. Eh, tak boleh lah kalau tak buat.

    Contoh macam awak bangun pagi, keluar pergi (tapi) tak gosok gigi. Huhu, tak boleh kan?

    Mira berkongsi cara tersebut selepas mendapat pertanyaan daripada seorang pengikutnya menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).

    Dalam pada itu, pelakon drama ‘Meh Sandar Pada Aku’ memaklumkan dirinya sebagai seorang manusia biasa juga ada kekurangan dalam mengerjakan solat namun akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki ibadah tersebut.

    Saya pun ada juga kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ dan sebagainya.

    Tapi kita sama sama perbaiki lah. Yang penting, usaha, buat juga.

    IG Story Mira Filzah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts