Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMisha Omar Mengalir Air Mata, Terharu Dengan Sokongan Penonton Di Showcase..Beri Bayangan...

    Misha Omar Mengalir Air Mata, Terharu Dengan Sokongan Penonton Di Showcase..Beri Bayangan Nak Adakan Konsert Solo?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Misha Omar menzahirkan rasa syukur dan terharu apabila Misha Omar Back To Basic Showcase yang berlangsung di Jiospace, pada Sabtu mendapat sambutan luar biasa oleh para peminat.

    Misha Omar terharu

    Misha Omar Back To Basic Showcase menampilkan anak penyanyi Misha Omar iaitu Muhammad Idris Ezzwa sebagai pengacara. Tak dinafikan, gelagat dan keletah spontan kanak-kanak berusia lapan tahun ini berjaya mencuri tumpuan hampir 2,000 penonton yang hadir.

    Misha atau nama sebenarnya, Samihah@Aisah Omar, 42, membuka gelanggang showcase dengan mendendangkan lagu hitsnya berjudul Cinta Adam & Hawa.

    Showcase yang berlangsung hampir dua jam itu turut menyaksikan Misha menyanyikan 14 lagu termasuk himpunan lagu popularnya seperti Cinta Adam & Hawa, Pulangkan, Bunga-Bunga Cinta, Sembunyi, Sampai Bila, Ku Seru dan banyak lagi!

    Bukan hanya mempersembahkan lagunya sendiri, tetapi penyanyi yang telah mencipta nama selama 22 tahun dalam industri muzik ini turut menghadiahkan peminat dengan lagu-lagu popular dari penyanyi berbakat, Ernie Zakri iaitu Masing-Masing, Peluang Kedua daripada Nabila Razali dan Semalam oleh Aina Abdul.

    Pelantun lagu Bunga Bunga Cinta ini turut mengejutkan ramai apabila tampil lincah menari di atas pentas ketika menyanyikan lagu Oops! I Did It Again serta Bye Bye Bye nyanyian asal Britney Spears dan NSYNC secara ‘mashup’ dan Watch Me Glow oleh kumpulan Dolla.

    Pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali itu turut menyajikan penonton yang hadir dengan persembahan duet bersama pemenang pencarian teman duet di Instagram, Hariz Fayahe. Mereka mempersembahkan lagu Die With A Smile yang dipopularkan oleh Bruno Mars dan Lady Gaga.

    Hariz meluahkan rasa syukur kerana berpeluang berduet dengan idolanya di atas satu pentas selain mengakui itu akan menjadi satu momen yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

    ALSO READ:  Kereta SUV, Peti Ais Dan Mesin Basuh Dijual Murah, Habis Barang Che Ta Dilelong Besar-Besaran

    Pada malam Misha Omar Back To Basic Showcase, penyanyi itu mengalirkan air mata saat melihat sokongan daripada para peminat dan penonton yang hadir.

    Dia juga sempat memberitahu bahawa dia kini dalam perancangan menghadiahkan sesuatu buat peminatnya dan dalam masa yang sama pelantun lagu Sembunyi ini akan seakan memberi hint bakal tampil dengan konsert solonya pada tahun hadapan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts