Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMisi Rawatan Rakyat Palestin Dikecam, Fedtri Yahya Jelaskan Kembali Maksud Disebalik Misi...

    Misi Rawatan Rakyat Palestin Dikecam, Fedtri Yahya Jelaskan Kembali Maksud Disebalik Misi Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua sedia maklum bahawa Malaysia menjadi negara pertama di Asia melakukan misi kemanusiaan membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.

    Selamat Tiba Di Malaysia

    via Buletin TV3

    Seramai 127 pesakit warga Palestin dan ahli keluarga tiba pada 2.15 petang dengan menaiki dua pesawat A-400M TUDM, malah ketibaan mereka turut disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Menurut Bernama, duta Mesir ke Malaysia Ragai Nasr pemilihan warga Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Malaysia dibuat atas arahan Presiden Abdel Fattah el-Sisi selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Atas tindakan tersebut, ada segelintir dari warga net yang memberikan komen yang kurang menyenangkan mengenai tindakan tersebut.

    Komen Yang Kurang Menyenangkan

    Ada yang mendakwa bahawa kononya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan rawatan di Hospital dan mereka juga mempersoalkan siapakah yang akan membayar kos rawatan untuk warga Palestin ini.

    Malah ada yang menyuruh bahawa sukarelawan Malaysia yang sepatutnye perlu ke sana untuk memberikan rawatan kepada warga Palestin.

    Komen tersebut telah mendapat perhatian dari personaliti dan pengacara Fedtri Yahya.

    Fedtri Terangkan Maksud Misi Kemanusian

    viaa Instagram Fedtri Yahya

    Dalam Instagram miliknya, Fedtri menjelaskan kembali mengenai isu ini dan memberikan pehaman kepada warga net mengenai rawatan yang diterima oleh warga Palestin.

    Tulisnya, isu Palestin ini bukanlah hanya sekadar misi kemanusian semata-mata, tetapi ianya berkaitan dengan aqidah dan tuhid seseorang.

    Abaikanlah segala komen negatif. Bukan hanya isu kemanusiaan, Palestin ada kaitan dengan aqidah & tauhid.

    Tahap kehancuran dan kebinasaan yang mereka alami jauh lebih dahsyat. Perlu ada ilmu, empati, kefahaman dan wawasan ummah.

    Malah jelas Fedtri lagi, tahap kehancuran yang dialami oleh warga Palestin sangat dasyat dan kite sebagai rakyat Malaysia perlulah ada ilmu, sifat empati, kefahaman dan wawasan ummah.

    ALSO READ:  KyoChon 1991 Perkenal Menu Baru, Anda Pasti Akan Ketagih!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts