Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMitos Susu Oat: Fakta & Penjelasan Dari Pakar Kesihatan, Dr. Say Shazril!

    Mitos Susu Oat: Fakta & Penjelasan Dari Pakar Kesihatan, Dr. Say Shazril!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Korang pernah dengar mengenai susu oat?

    Susu oat merupakan salah satu alternatif terbaik untuk menggantikan susu tenusu tapi korang perasan ada banyak giler mitos mengenai susu oat yang tersebar di media sosial.

    Bagi memperbetulkan mitos-mitos ini, kami telah menghubungi Dr. Say, seorang pengamal kesihatan profesional, untuk mendapatkan pandangan dan penjelasan mengenai isu ini.

    Mitos 1:Susu oat boleh menyebabkan keradangan!

    Kenyataan mengenai susu oat boleh menyebabkan keradangan adalah tidak benar.

    Hal ini kerana, susu oat mengandungi lemak tidak tepu dan karbohidrat yang baik, menjadikannya pilihan tepat untuk diet pemakanan seimbang.

    Menurut Dr Shazril Shaharuddin, kajian saintifik telah menunjukkan bahawa lemak tidak tepu, seperti yang terdapat dalam minyak canola, adalah neutral atau anti-radang.

    “Sebagai contoh, satu kajian mendapati bahawa pengambilan minyak bunga matahari menyebabkan penurunan dalam penanda keradangan, manakala mentega, yang tinggi dengan lemak tepu, meningkatkan keradangan.

    “Bukti ini menunjukkan bahawa lemak poli tak tepu, seperti yang terdapat dalam minyak bunga matahari, boleh menyokong kesihatan jantung apabila dimasukkan ke dalam diet yang seimbang,” katanya.

    Mitos 2: Kadar gula tinggi dalam susu oat.

    Mitos Susu OatMitos Susu Oat

    Kredit: Healthy Food Guide

    Bagi korang yang baru pertama kali mencuba susu oat, korang akan mendapati rasa susu oat sedikit creamy dan manis berbanding susu tenusu biasa.

    Walau bagaimanapun, rasa manis ini adalah rasa asli susu oat. Oleh sebab itu, susu oat menjadi pilihan untuk di tambah ke dalam teh, smoothie, dan cereal.

    Susu oat tanpa gula mempunyai beban glisemik yang rendah.

    Untuk pengetahuan korang, beban glisemik adalah ukuran yang sangat praktikal untuk melihat bagaimana makanan mempengaruhi tahap glukosa darah.

    ALSO READ:  Haiza Teringat Momen Rendang Hangus, Utamakan Persiapan Raya Mak Abah Di Kampung

    Tambah Dr. Shazril Shaharuddin, indeks glisemik (GI) perlu diambil kira untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh mengenainya.

    Gabungan gula semula jadi dan serat dalam susu oat diserap secara perlahan oleh tubuh badan sekaligus, menyebabkan tenaga yang terhasil dapat dilepaskan dengan lebih stabil.

    Mitos 3: Susu oat kurang  nutrisi!

    Ramai orang tidak tahu bahawa susu oat diperkaya dengan kalsium, setanding dengan susu tenusu.

    Selain mengandungi serat, susu oat juga bebas kolesterol dan mempunyai kandungan lemak tepu yang rendah.

    Maka, tak hairanlah susu oat menjadi menjadi alternatif kepada susu tenusu buat mereka yang mengamalkan diet vegetarian dan vegan.

    Mitos Susu OatMitos Susu Oat

    Menurut Journal of Functional Foods, 2020, susu oat mengandungi sekitar 1.0g serat larut bagi setiap hidangan 100ml.

    Serat larut bukan sahaja membantu dalam pencernaan tetapi juga berperanan mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah anda.

    Serat juga membantu mengurangkan beban glisemik (Glycemic Load) makanan lain ketika dicerna.

    Bagi hidangan 240ml susu oat, Beban Glisemik (GL) adalah 8, yang diklasifikasikan sebagai rendah berbanding makanan biasa yang lain.

    Bagi korang yang mencari pilihan susu berasaskan tumbuhan, korang boleh cuba susu oat OATSIDE, yang diperbuat daripada 100% oat Australia panggang.

    Bebas laktosa, anti-radang, diperkaya dengan kalsium, dan mengandungi serat, susu oat OATSIDE adalah alternatif yang hebat kepada susu tenusu.

    Lagipun OATSIDE berbeza dengan jenama-jenama susu oat yang lain, komitmen mereka dalam memberikan yang terbaik kepada pengguna patut dipuji.

    Label bahan dan kandungan adalah jelas dan benar, ramuan yang digunakan juga menitikberatkan kesihatan pengguna tanpa menjejaskan rasa susu oat sebenar.

    Bukan itu sahaja, OATSIDE juga tidak menggunakan sebarang gula tambahan dalam Campuran Barista keluaran mereka sebaliknya, susu ini memperoleh kemanisan semulajadi daripada oat yang menghasilkan rasa seimbang dan memuaskan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kapsyen Bella Hana #MyOyen Raih Perhatian Netizen – ‘Tolong Jaga Kucing Saya Elok-Elok’

    Sebagai peminat susu berperisa, min recommend korang cuba susu coklat diorang. Sedap dan lain sedikit rasanya daripada susu coklat yang menggunakan susu tenusu.

    Nak tahu apa rasanya? Itu korang kena cuba sendiri.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts