Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMiza Ozawa Mengaku Meny*ndal, Minta Denda Minimum Kerana Hamil 6 Bulan &...

    Miza Ozawa Mengaku Meny*ndal, Minta Denda Minimum Kerana Hamil 6 Bulan & Hidap HIV

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Menggunakan nama Miza Ozawa, seorang wanita hamil enam bulan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, hari ini atas tuduhan mencari langganan persundalan menerusi akaun Telegram, awal bulan lalu.

    Hamil dan hidap HIV

    Menerusi laporan BH Online, Siti Amiza Baharuddin yang turut berniaga ‘ubat kuat’ membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.

    Bagaimanapun, Nurdiyanah menetapkan 24 Jun ini untuk fakta kes dan jatuh hukum yang mana pertuduhan akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah unit kondominium di Bandar Bukit Mahkota, Kajang pada 6 Jun lalu.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Siti Amiza dalam rayuannya meminta denda minimum kerana sedang hamil enam bulan dan menghidap HIV.

    Bagaimanapun, Nurdiyanah tidak menetapkan sebarang jaminan atas pertuduhan berkenaan.

    Dalam prosiding sama, Siti Amiza dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM12,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki bahan lucah dan ubat terlarang tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) pada tempat, waktu dan tarikh sama.

    Bagi pertuduhan memiliki bahan lucah, dia didakwa memiliki bahan itu yang terkandung dalam komputer riba dan tiga telefon bimbit miliknya yang didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Sementara itu, bagi pertuduhan memiliki ‘ubat kuat’ tanpa kelulusan KKM, wanita itu didakwa memiliki ubat tidak berdaftar dengan KKM iaitu dua kotak Secret Negro dan dua kotak Dara jelita yang didakwa melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) Akta Jualan Dadah 1952.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Puluh-Puluh Ribu Ringgit Job Sebulan, Duit Bagi Dekat Siapa..11 Orang Tu Ke?’ – DSV Minta Aliff Aziz Jawab

    Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran ke atas kedua-dua kesalahan dan hukuman berjalan berasingan.

    Bagi kesalahan di bawah KKM, hukuman denda saja tidak memberi pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

    Siti Amiza dalam rayuannya memohon hukuman setimpal dan denda dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan selepas wang simpanannya untuk bersalin sudah dirampas pihak berkuasa.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts