Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMizz Nina Mengaku Musa Dijaga Dengan Buruk, Bawa Jumpa Pakar Psikiatri -...

    Mizz Nina Mengaku Musa Dijaga Dengan Buruk, Bawa Jumpa Pakar Psikiatri – ‘Dia Muntah & Cirit-Birit’ [VIDEO]

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mizz NinaMizz Nina

    Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tampil mendakwa anak angkatnya, Musa mengalami trauma yang teruk selepas lebih tiga minggu berjauhan dengan dirinya.

    Tak jaga betul?

    Mizz NinaMizz Nina

    Ketika ditemui , Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mendakwa Musa berdepan trauma selepas diambil oleh bekas suaminya yang juga merupakan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

    Bayangkan budak sekecil itu dibawa keluar dari rumah. Dia menjadi trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan serta jiran yang memang rapat dengan dia.

    Dia menjadi trauma sebab tercari-cari mak dia, tapi tak boleh nak jumpa.

    Dia mengalami ketakutan yang amat sangat dan begitu juga dengan saya, sangat risaukan dia.

    Susulan itu, Nina memaklumkan dia membawa Musa berjumpa dengan pakar psikiatri sejurus kembali bertemu dengan anak angkatnya.

    Dakwa Nina, Musa berada dalam keadaan tidak sihat selepas lebih tiga minggu terpaksa berjauhan.

    Sewaktu Musa pulang dari rumah, dia mengalami sakit seperti cirit-birit, muntah serta kukunya panjang dan kotor.

    Saya dan suami segera bawa Musa berjumpa dengan beberapa orang doktor dan pakar psikiatri untuk melakukan pemeriksaan ke atas kesihatan fizikal dan mentalnya.

    Tambah Nina, kejadian tersebut juga membuatkan anak angkatnya itu berdepan dengan masalah pengabaian ibu bapa (abandonment issue).

    Sebagai contoh kalau saya nak bawa dia keluar, Musa akan takut dan berpaut pada saya.

    Dia seolah seperti sudah hilang kepercayaan dan merasakan yang saya takkan kembali kepada dia.

    Semalam, Mizz Nina yang diwakili peguam dan suami memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi anak angkatnya, Musa.

    Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuannya.

    ALSO READ:  4 Jenis Pengguna Internet Dalam Keluarga, Korang Confirm Ada Dalam List Ni!

    Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

    Walau bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan.

    Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

    Pelantun lagu ‘Pagi Yang Gelap’ itu kemudian ya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa, yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

    Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan tidak dikurniakan zuriat.

    Video

     

    @official Replying to @Hijrah Yaacob Musa masih berjumpa dengan doktor untuk memastikan kesihatannya dijaga dengan baik ??# #fyp #news #mizznina #nohsalleh ? original sound – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts