Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMK K-Clique Dipuji Peminat Selepas Mohon Maaf Isu Tak Pakai ‘Seatbelt’-“Tak Bitter...

    MK K-Clique Dipuji Peminat Selepas Mohon Maaf Isu Tak Pakai ‘Seatbelt’-“Tak Bitter Bila Ditegur…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi rap, MK K-Clique membuat permohonan maaf secara terbuka selepas disebabkan video dirinya bersama isteri, Siti Hajaar yang tidak memakai tali pinggang ‘seatbelt’ ketika menaiki kereta, Jumaat lalu.

    Mohon Maaf Setelah Beri Contoh Yang Tidak Baik

    Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, MK memohon maaf disebabkan memberi contoh yang tidak baik kepada orang ramai susulan video tidak memakai tali pinggang di dalam kenderaan.

    “Video ni bukanlah untuk menarik perhatian. Cuma, video untuk meminta maaf dan berterima kasih. Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kepada semua kerana telah memberi contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab dengan video yang saya upload dua hari lepas (Jumaat).

    Video berkenaan saya mengusik isteri saya tengah memandu tidak memakai tali pinggang dengan betul. Itu adalah tanggungjawab saya, kesalahan saya..”-kata MK-Clique

    “Tak Bitter Bila Ditegur..”

    Ruangan komen turut dipenuhi dengan komen netizen yang memuji sikap MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan yang tidak melatah apabila ditegur netizen lain.

    “Sabar MK, yang dok posting komen negatif-negatif itu macam lah diorang hari-hari pakai seatbelt. Mungkin yang dok komen tu orang yang broken since MK kahwin.”

    “Humble siot, tak melenting. Bagus betul dak MK ni. Satu-satu Allah angkat darjat dia, takpe ada hikmah. Salute.”

    “Sifat humble. Tak bitter bila ditegur. Contoh yang terbaik. Baru layak digelar influencer.”

    “Sokay MK, semua manusia buat silap. Kirim salam Hajar.”

    “Contoh terbaik. Tak melatah dengan teguran. Teruskan sikap profesional macam ni.”

    Apa komen anda?



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts