Tindakan penyanyi rap, MK K-Clique berkongsi dua nama di Instagram miliknya telah menuai pelbagai reaksi wargamaya.
Aya Rayana
Menerusi hantaran tersebut, dua nama yang dikongsikan MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, adalah Aya dan Rayana.
Dipercayai nama tersebut merupakan nama puteri sulungnya yang baru dilahirkan pada awal Ogos lalu.
Malah, MK turut berkongsi makna dua nama tersebut yang membawa maksud memuji keagungan kuasa Allah S.W.T.
Aya, bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, al-Quran dan asal Arab.
Rayana, bermaksud pintu Syurga.
Sementara itu, rata-rata wargamaya memuji pemilihan nama berkenaan yang cukup indah.
Imbas kembali, MK mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun tahun lalu.
Pasangan itu selamat menimang cahaya mata sulung perempuan pada 3 Ogos lalu.