Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentmmCineplexes Plus: Tempat Duduk 'Couple', Mesra Keluarga & Bertih Jagung Ikut Musim

    mmCineplexes Plus: Tempat Duduk ‘Couple’, Mesra Keluarga & Bertih Jagung Ikut Musim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    mmcineplaxmmcineplax

    Syarikat pawagam terkenal di Malaysia, mmCineplexes kini membuka flagship pawagam terbaru dengan penjenamaan nama baru iaitu mmCineplexes Plus yang terletak di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

    Tempat duduk khas untuk ‘couple’

    wayang 2wayang 2

    mmCineplexes Plus menampilkan teknologi filem terkini termasuklah Dolby Atmos, bagi memberikan pengalaman menonton yang mengasyikkan. mmCineplexes Plus turut menyediakan tempat duduk khas untuk pasangan serta tempat duduk berkembar di setiap panggung.

    Selain daripada itu, pelbagai akomodasi yang mesra keluarga seperti kemudahan penjagaan bayi sehinggalah ke zon kanak-kanak sekali gus menetapkan standard baharu dalam hiburan untuk semua lapisan masyarakat.

    mmCineplexes Plus telah melangsungkan prapembukaan bermula 25 Januari lalu bertepatan dengan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

    Menurut Jason Teo selaku Pengurus Besar mmCineplexes, dia berbesar hati dan teruja apabila dapat memberi perkhidmatan dan servis terbaik kepada pencinta panggung wayang.

    Kami sangat teruja untuk membuka flagship pawagam terbaharu di Berjaya Times Square.

    Rakyat Malaysia cukup gemar ke panggung wayang kerana ia kekal sebagai salah satu bentuk hiburan yang mampu milik sepanjang tahun.

    Misi kami adalah untuk memberi harga tiket filem paling berpatutan kepada pelanggan di bandar Kuala Lumpur, dan ini adalah seiring dengan lokasi strategik terbaharu mmCineplexes Plus yang kini terletak di tengah-tengah bandar.

    Tambah Jason, dia percaya pawagam itu akan menjadi satu lokasi wajib dikunjungi oleh pengunjung dan pelancong kerana lokasi strategiknya di tengah bandar Kuala Lumpur.

    Berjaya Times Square Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara pusat beli-belah tempatan terbaik untuk pengalaman membeli-belah dan hiburan keluarga di bawah satu bumbung.

    Kami yakin bahawa flagship pawagam baharu ini yang berlokasi di dalam salah sebuah pusat beli-belah terbesar di dunia akan menjadi destinasi popular untuk penonton wayang di Kuala Lumpur, sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong.

    mmcineplax 3mmcineplax 3

    Sementara itu, Tan Tee Ming sebagai Pengarah Eksekutif Berjaya Times Square turut menyatakan antisipasinya terhadap pembukaan mmCineplexes Plus.

    Kami menantikan pembukaan mmCineplexes Plus di dalam pusat beli-belah bagi menyediakan pengalaman menonton filem terhebat untuk semua pengunjung di sini.

    Ramai di kalangan kita yang mengalami sendiri magis panggung di lokasi ini bersama rakan-rakan dan keluarga.

    Kini kami cukup teruja untuk melihat mmCineplexes bersama-sama dengan banyak lagi penyewa baharu lain seperti Jungle Gym Playland dan BTS Go-Kart untuk mengubah tempat yang sangat istimewa ini, membawa lebih ramai peminat filem ke bandar Kuala Lumpur, dan juga meluangkan masa berharga bersama keluarga di sini untuk tahun-tahun akan datang.

    Bertih jagung ikut musim

    wayangwayang

    Pawagam 9 skrin yang baru diubah suai itu terletak di Aras 1 dan 3  Berjaya Times Square, menampilkan auditorium Dolby Atmos terbesar oleh mmCineplexes dengan 338 tempat duduk, dewan Elite Plus 44 tempat duduk yang disertakan ruang istirahat mewah, serta Kiddo Studio, direka khas untuk menggembirakan kanak-kanak dan ibu bapa.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kaki Tiara Retak Lepas Tersadung Pada Batu, Isteri Achey Minta Doa Orang Ramai – ‘Banyak Betul Dugaan Awak Bulan Ni’

    Ruang itu juga membolehkan pengunjung untuk bersantai bersama-sama melakukan aktiviti atau berkumpul untuk majlis hari lahir.

    Di samping itu, mmCineplexes Plus turut memperkenalkan semua jenis tempat duduk baharu dan yang pertama di Kuala Lumpur dikenali sebagai tempat duduk Cabana dan Smoove.

    Ianya menawarkan ruang yang luas untuk pasangan dan juga keluarga. Panggung tersebut turut menampilkan satu-satunya konfigurasi tempat duduk berkembar premium dengan harga yang lebih rendah daripada pawagam berkonsep mewah lain.

    Komited untuk mewujudkan pawagam Malaysia yang merentasi budaya, mmCineplexes turut memperkenalkan variasi perisa bertih jagung yang disediakan mengikut musim, daripada perisa durian sehinggalah ke kuih bangkit yang menyelerakan.

    mmCineplexes bukan sahaja menarik perhatian malahan juga dapat membangkitkan selera pengunjung wayang dengan menawarkan pengalaman pelbagai deria melalui hidangan masakan Malaysia.

    Pengendali pawagam tersebut turut menawarkan akses eksklusif barangan filem, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu pawagam terulung di Malaysia yang terkenal dengan harga berpatutan serta tahap keselesaannya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts