Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentModel Ukraine Sanggup Bermastautin Di Malaysia Kerana Lebih Aman Gara-Gara Negara Sendiri...

    Model Ukraine Sanggup Bermastautin Di Malaysia Kerana Lebih Aman Gara-Gara Negara Sendiri Bergolak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bumi Malaysia sungguh bertuah buat pelbagai bangsa kerana kita tidak lagi dijajah mahupun terlibat dengan sebarang pergolakan oleh kuasa luar.

    Kemerdekaan negara kita ini tidak ternilai nikmatnya kerana ia memberi peluang kepada sesebuah negara menentukan hala tuju dan masa depan.

    Meskipun berlaku kejadian banjir, gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, dan ribut antara bencana alam yang melanda rakyat negara ini, kita berjaya menghadapinya dengan tabah, cekal, dan bangkit saling membantu.

    Ia mencerminkan keprihatinan rakyat sebuah negara bukan sahaja rakyat senegara malah melangkau sempadan.

    Kedukaan negara lain menerima musibah itu juga, rakyat negara ini tampil membantu tidak sedikit. Kisah dahsyat konflik di Palestin dan peperangan insan seagama di Asia Barat harus menjadi iktibar kepada kita betapa konflik dan peperangan akan berakhir dengan tragiknya kehilangan insan tersayang.

    Berbahas soal ini, sendirian berkelana di Kuala Lumpur mencari rezeki sebagai model, siapa sangka gadis cantik kelahiran Ukraine kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

    Walaupun tidak memiliki pengalaman sebagai pelakon, Darina Porhun, 22, bertuah apabila mendapat kepercayaan memegang watak penting dalam filem Klepet arahan Indra Putra.

    Memetik laporan Berita Harian, model tersebut sanggup bermastautin di Kuala Lumpur sejak setahun lalu, meskipun penghijrahannya berlaku secara tidak sengaja.

    “Asalnya, saya bekerja dalam bidang teknologi dengan syarikat di Amerika Syarikat tetapi dihantar ke Malaysia, setahun lalu.

    “Saya terus jatuh cinta dan buat keputusan untuk terus menetap di Malaysia. Namun, kerja saya masih berjalan seperti biasa kerana dibenarkan berkerja di mana sahaja.

    “Setakat ini, saya seronok dan lebih selamat di Malaysia memandangkan negara kelahiran saya masih bergolak,” katanya.

    Gadis tinggi lampai itu bagaimanapun bersyukur kerana daerah tempat tinggalnya yang terletak di barat tidak begitu terkesan akibat peperangan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Anak Intan Ladyana Menyanyi Dekat Adik Raih Perhatian Ramai!-“Lembut Je Suaranya”

    Justeru, katanya, dia tidak begitu bimbangkan keadaan keluarganya kerana tahu mereka berada dalam keadaan selamat.

    “Sebenarnya kawasan paling teruk pada bahagian timur. Jujurnya, kami rakyat Ukraine memang tidak bersetuju dengan peperangan dan terkejut apabila perang bermula kira-kira setahun lalu,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts