Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Moga Kepom Tidak Menjadi Pengacara Suka Membahan & Memerli’

    ‘Moga Kepom Tidak Menjadi Pengacara Suka Membahan & Memerli’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story mengenai sikap segelintir pihak yang didakwa suka menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka.

    Enggan berdiam diri

    Menerusi perkongsian yang dibuat, pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata dia tidak akan lantang bersuara sekiranya tiada pihak yang suka ‘mengusik’ dan menyindirnya.

    Kadang-kadang, kita ini kalau baik sangat, orang pijak-pijak sampai lumat kita punya kepala lutut.

    Sekarang ini saya tak nak dah macam itu. Siapa usik, saya akan usik balik dia.

    Sebenarnya, saya tak suka sangat ambil tahu pasal orang lain. Tapi itulah, ada seorang dua ini yang tak habis-habis sibuk pasal saya.

    Tertanya-tanya juga, apa hebatnya saya ini sampai saya tak boleh keluar daripada kepala otak dia?

    Susah juga jadi nombor satu ini. Tak mengapa, walau macam mana pun, saya akan kekal jadi nombor satu walaupun pelbagai usik-mengusik ada di luar sana.

    Tak perlu dengki dengan rezeki orang

    Tambah Elly yang lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom berpendapat seseorang itu tidak perlu menanam sifat dengki dalam diri kerana soal rezeki telah ditetapkan Allah SWT.

    Saya ini tak adalah pandai sangat, tapi adalah juga belajar dan dengar-dengarlah juga (ceramah agama) walaupun tidak bertutup-tutup dan pergilah juga kelas agama.

    Tak payah nak kalut, Allah sudah tentukan rezeki semua orang. Cuma cepat atau lambat sahaja, jadi sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

    Kita ini orang Islam. Malulah pasal rezeki nak huru-hara, dengki sana sini,rancang sana sini nak jatuhkan orang.

    Jangan macam itu, carilah rezeki sama-sama sebab bidang kita ini pun bukannya besar sangat.Lagi pula kita ini sesama Islam.

    Pengajarannya di sini, jangan kita membodohkan diri dek dengki yang menghasut diri sampai kita menjadi bodoh.

    Sikit-sikit tak apa, jangan bodoh terlampau bodoh sebab nampak buruk sangat.

    Jaga imej sebagai wanita muslimah?

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Janji Kekasih’ turut mengingatkan individu yang membawa imej muslimah untuk menjaga adab serta mulut supaya tidak melakukan provokasi kepada orang lain.

    Sayang, seelok-eloknya, kita ini, lebih-lebih lagi sebagai orang perempuan, muslimah pula itu. Kenalah jaga diri dan mulut.

    Jangan buat orang, jangan provokasi orang. Saya ini bukanlah tak boleh dibawa bergurau dengan kawan-kawan sejagat.

    Sama ada dengan kawan rapat, yang masih berkawan memang saya tak kisah. Gurau kasar pun tak ada masalah. Tetapi yang ini kategori apa ya? Tak tahulah, segala-galanya berpunca daripada rezeki sahaja.

    Terdahulu, Elly mencuri perhatian apabila memuat naik semula video yang memaparkan gandingan pengacara Haziq Hussni dan Jihan Muse dalam satu program terbitan sebuah stesen televisyen swasta.

    ALSO READ:  Suami Jennifer Coppen Meninggal Dunia Akibat Terbabas Motor, Polis Sahkan Cedera Parah Di Bahagian Tulang Rahang & Dada

    Selain itu, satu lagi hantaran Instagram Story Elly ‘menyentuh’ mengenai lawak menyanyi berulang kali, main nama bapa serta taik lalat Chipsmore dari musim pertama sampailah musim puluh-puluh.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts