Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, November 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Mohon Doa Yang Baik, Anak-Anak Adalah Fokus Utama Kami’ – Kaka Azraff

    ‘Mohon Doa Yang Baik, Anak-Anak Adalah Fokus Utama Kami’ – Kaka Azraff

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Setelah sekian lama mendiamkan diri susulan tularnya dakwaan dirinya sudah bercerai, penyanyi Kaka Azraff akhirnya tampil membuka mulut menerusi satu hantaran di Instagram (IG).

    ‘Doa yang baik-baik’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by K A (@kakaazraff)

    Menerusi perkongsian yang dibuat, pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff memohon maaf kerana tidak dapat memberikan respon terhadap apa yang terjadi serta menitipkan ucapan terima kasih atas keprihatinan orang ramai.

    Ujar pelantun lagu ‘Bawaku Pergi’ itu lagi, fokus utamanya dan suami pada ketika ini adalah tiga orang cahaya mata mereka yang masih kecil.

    Salam dan selamat sejahtera. Terima kasih atas keperihatinan semua atas keadaan Kaka, Adam dan keluarga.

    Kami mohon doa semua semoga beroleh ketenangan atas apa yang telah dilalui.

    Kami juga mohon ruang untuk bersama tiga cahaya mata kecil yang perlukan banyak perhatian.

    Maaf sekiranya Kaka dan Adam tak dapat dihubungi untuk berikan respon atas pertanyaan anda, salam sayang.

    Ada hikmah

    Sementara itu, Kaka menerusi hantaran di IG Story menganggap dugaan yang menimpanya sejak tahun lalu mempunyai hikmah di sebaliknya.

    (Kaka) kehilangan mama tahun lepas pada 7 Mei 2023, disusuli dengan kakak pada 8 Mac 2024.

    Hebat dugaan ini, tapi yakin Allah Maha Baik. Pasti ada hikmah semua ini, aku terima, aku reda.

    Anak-anak and anak-anak arwah adalah fokus Kaka pada waktu ini.

    Terdahulu, Kaka dan suaminya, Adam Azriff didakwa telah sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.

    Untuk rekod, Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Cubaan Fafau Nak Jadi Menantu Pendengar Terbantut Selepas Dengar Soalan AG – ‘Okay Ke Menantu Sebaya?’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts