Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMohon Hargai Kami - Hamidah Wahab Tidak Berpuas Hati Ditawar RM150 Untuk...

    Mohon Hargai Kami – Hamidah Wahab Tidak Berpuas Hati Ditawar RM150 Untuk Empat Hari Penggambaran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon veteran, Hamidah Wahab mendedahkan dirinya sudah tidak lagi menerima tawaran untuk berlakon dalam mana-mana drama mahupun program televisyen selama hampir 10 tahun lamanya.

    Adakah orang sudah jemu?

    Memetik laporan Harian Metro, Hamidah mengakui sedikit buntu dan mencari apakah silapnya sehinggakan tidak lagi menerima sebarang tawaran lakonan selepas hampir setiap tahun mendapat tawaran sejak dari tahun 1974.

    Sekarang sudah 10 tahun tak dapat tawaran. Itu yang jadi tanda soal besar. Saya tertanya-tanya adakah kami terlalu sangat lama, orang sudah jemukah, tak tahu nak cakap.

    Kenapa jadi begitu? Adakah prestasi lakonan saya kurang, pelakon-pelakon baharu naik, mungkin pasal bayaran.

    Pada mereka mungkin lebih baik ambil pelakon tambahan untuk watak mak-mak supaya bayaran sedikit.

    Ada beberapa pelakon lama yang masih ada seperti Datuk Fauziah Nawi dan Wan Maimunah turut mengadu perkara sama.

    Tapi saya nampak mereka ada juga tawaran berlakon lagi. Untuk saya, terus senyap.

    Tambah pelakon yang popular dengan drama bersiri ‘Tanah Kubur’ ini, dia ada menerima tawaran untuk berlakon namun bayaran yang ditawarkan sangat tidak setimpal.

    Saya paling terkilan apabila ada pihak yang tawar-menawar terlalu murah nak bayar RM150 untuk penggambaran empat hari.

    Bukan tak nak ambil, saya minta juga naikkan sedikit, janganlah sampai begitu. Saya memang senyapkan saja kerana memang tak berbaloi. Tidak setimpal dengan modal pengalaman dan cara kerja yang saya ada.

    Sedihlah bukan saya seorang, saya bercakap bagi pihak artis-artis lama secara keseluruhan. Tolonglah hargai kami.

    Walau bagaimanapun, Hamidah mendedahkan dia tetap bersyukur kerana masih mempunyai sumber pendapatan lain dengan bekerja bersama sebuah syarikat yang menguruskan jemaah ke Makkah.

    Saya memang ada alternatif lain. Selain berlakon, ada juga kerja sampingan saya buat. Saya luangkan masa pergi balik ke Makkah. Tak adalah susah sangat, terlebih fikir tiada tawaran lakonan.

    Tak bolehlah bila tak berlakon, nak lepak tidur saja kat rumah, sangat ‘down’. Oh tidak, itu bukan cara saya.

    Walaupun tak ada tawaran, saya tetap akan buat sesuatu kerja yang boleh cergaskan otak.

    ALSO READ:  ‘Walaupun Kami Tidak Dapat Berjumpa, Bercakap Sehingga Hari Ini’ – Ibu Aliff Aziz Luah Rindu, Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Cucu Kesayangan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts